FOLLOWERS

Sunday, August 21, 2011

3 Langkah Untuk Menjadi Positif

Ramai yang bertanya, bagaimana cara untuk menjadi lebih positif? Di sini saya huraikan 3 langkah bagaimana untuk menjadi lebih positif. 3 langkah tersebut adalah "SAY Positif, DO Positif, THINK Positif".
    1. Bicara Positif ("Say Positive") Sentiasa bercakap mengenai perkara yang positif sahaja. Semua orang suka orang lain membicarakan hal-hal yang baik tentang dirinya, jadi tidaklah perlu kita bercakap negatif tentang orang.  
    2. Lakukan Hal-Hal Yang Positif ("Do Positive") Jika anda tertekan, pastikan anda bersabar dengan ujian Allah s.w.t., sabar adalah termasuk di dalam hal-hal yang positif. Banyak lagi perkara-perkara positif yang boleh dilakukan seperti bersyukur, memaafkan orang walaupun kita kita bersalah, memudahkan sesuatu perkara kepada orang lain, memberi nasihat dan sebagainya.  
    3. Berfikiran Positif ("Think Positive") Berfikiran Positif adalah seperti kita merawat minda kita, dengan melakukan latihan affirmasi (sugesti) yang baik maka anda akan lebih bersikap positif. Menurut kajian apabila seseorang jatuh sakit, yang membuatkan seseorang sembuh adalah 60% dari minda (sugesti). Berfikiran positif akan membuatkan kita berkata positif, melakukan perkara yang positif dan akan menerima kebaikan dari sekitar anda.

Say Positive...... Do Positive...... Think Positive......
"Ungkapan Motivasi Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih."

Sunday, August 14, 2011

Tetapkan Tempoh Masa Matlamat Kita

Anda telah pun membuat matlamat, tetapi adakah anda tetapkan tempoh masa (deadline) untuk mencapai matlamat berkenaan?

Matlamat tanpa deadline adalah mimpi di siang hari (angan-angan).  Apa jua matlamat yang ditetapkan, tetapkan juga tempoh masa untuk mencapainya.

Pernahkah terjadi kepada anda matlamat yang telah disetkan 5 tahun lepas masih belum tercapai? Ini adalah disebab anda tidak menetapkan tempoh masa yang khusus untuk sesuatu matlamat tersebut. Kebanyakan kita takut untuk menetapkan tempoh masa untuk mencapai matlamat kerana takut matlamat tersebut tidak berjaya dicapai.


Itu adalah andaian yang tidak berasas. Harus diingat tempoh masa untuk mencapai sesuatu matlamat MESTILAH relevan. Jika masih belum tercapai matlamat yang telah ditetapkan, maka anda seharusnya lebih berusaha dan kembali tetapkan tempoh masa yang lebih realistik dalam mencapai matlamat tersebut.
"Ungkapan Motivasi Penyesalan akan hari semalam, dan ketakutan akan hari esok adalah dua pencuri yang mengambil kebahagiaan saat ini."

Sunday, August 7, 2011

Pernafasan Terarah Supaya Lebih Fokus

Dengan melakukan pernafasan terarah, akan membantu anda supaya lebih tenang dan apabila anda tenang maka anda akan lebih fokus. Itulah matlamat kita melakukan pernafasan terarah ini.

Di sini saya akan membimbing anda untuk melakukan pernafasan terarah, sebenarnya untuk melakukan pernafasan terarah ini amatlah mudah sekali. Sila ikuti langkah seperti berikut :
    1. Duduk secara santai, samada bersila ataupun duduk di atas kerusi dengan menegakkan badan. 2. Tarik nafas melalui hidung secara perlahan-lahan dalam kiraan 6 hitungan. 3. Kemudian tahan nafas selama 6 hitungan. 4. Selepas itu lepaskan nafas anda perlahan-lahan dalam 6 hitungan juga. 5. Kemudian biarkan dalam 6 hitungan. 6. Ulangi langkah 2-5 sebanyak 9 kali.

Anda akan terasa lebih tenang dan fokus sekarang.
"Motivasi Harian Jangan lihat apa yang anda usahakan, tetapi lihatlah apa yang belum anda selesaikakan."