FOLLOWERS

Showing posts with label Teknik Matlamat. Show all posts
Showing posts with label Teknik Matlamat. Show all posts

Monday, November 7, 2011

Matlamat Mesti Dibaca Setiap Hari

Hidup mesti bermatlamat dan matlamat mesti dibaca setiap hari, kalau boleh setiap jam supaya kita sentiasa dapat mengingati matlamat tersebut.

Jika ingin matlamat tersebut lebih berjaya dilaksanakan, lebih baik kita war-warkan kepada orang sekeliling kita TETAPI ingat jangan war-warkan kepada orang yang negatif takut nanti matlamat akan TAMAT (AWAS: mungkin akan akan dimanupulasikan oleh orang tersebut).
"Ungkapan Motivasi Di Tengah Kesulitan Terdapat Peluang. - Albert Einstein"

Friday, October 21, 2011

Kad Matlamat

Apa itu kad matlamat? Kad matlamat adalah senarai matlamat yang ingin anda capai di dalam tempoh masa tertentu.

Pada pandangan saya kad matlamat ini amat penting, sepenting kad perniagaan. Dengan adanya kad matlamat anda boleh mengulang baca matlamat anda pada bila-bila masa, terutamanya sebelum mula bekerja. Dengan itu akan terbit motivasi diri. Sesuatu yang sering diulang baca, akan tertanam di dalam fikiran (minda separa sedar) dan war-warkan kepada semua kenalan untuk membuahkan hasil yang mantap.

Tetapi harus diingat jangan berkongsi matlamat anda dengan kenalan yang negatif, takut nanti matlamat anda akan TAMAT (kerana dikhuatiri kenalan yang negatif akan "tanamkan" fikiran yang negatif kepada anda).

Anda boleh bahagikan kad matlamat anda kepada beberapa bahagian seperti :
    1. Satu kad matlamat untuk kerjaya/perniagaan. 2. Satu kad matlamat untuk keluarga. 3. Satu kad matlamat untuk kesihatan. 4. Satu kad matlamat untuk kewangan.
"Ungkapan Motivasi Orang yang sukses adalah orang yang istiqomah di dalam amal baik. – Al Habib Alwi Bin Muhammad Bin Tohir Al Haddad"

Wednesday, September 28, 2011

Kepentingan Menulis Matlamat

Matlamat memudahkan kita untuk menuju ke destinasi kejayaan yang dikehendaki. Kepentingan menulis matlamat adalah :
    1. Supaya sentiasa mengingatkan kita akan destinasi kita yang sebenar, lagi pula kita insan kerdil yang pelupa (melayu mudah lupa?). 
    2. Bila kita mengulang baca matlamat yang ditulis, ia akan masuk ke dalam minda separa sedar ("sub concious mind"). 
    3. Menulis matlamat menjadikan imaginasi kita lebih besar dan akan meransang otak untuk bertindak mencari peluang-peluang mencapai matlamat.
"Ungkapan Motivasi Sesungguhnya Solatku, Ibadatku, Hidupku, Matiku, Kerana Allah Tuhan Sekelian Alam."

Sunday, August 14, 2011

Tetapkan Tempoh Masa Matlamat Kita

Anda telah pun membuat matlamat, tetapi adakah anda tetapkan tempoh masa (deadline) untuk mencapai matlamat berkenaan?

Matlamat tanpa deadline adalah mimpi di siang hari (angan-angan).  Apa jua matlamat yang ditetapkan, tetapkan juga tempoh masa untuk mencapainya.

Pernahkah terjadi kepada anda matlamat yang telah disetkan 5 tahun lepas masih belum tercapai? Ini adalah disebab anda tidak menetapkan tempoh masa yang khusus untuk sesuatu matlamat tersebut. Kebanyakan kita takut untuk menetapkan tempoh masa untuk mencapai matlamat kerana takut matlamat tersebut tidak berjaya dicapai.


Itu adalah andaian yang tidak berasas. Harus diingat tempoh masa untuk mencapai sesuatu matlamat MESTILAH relevan. Jika masih belum tercapai matlamat yang telah ditetapkan, maka anda seharusnya lebih berusaha dan kembali tetapkan tempoh masa yang lebih realistik dalam mencapai matlamat tersebut.
"Ungkapan Motivasi Penyesalan akan hari semalam, dan ketakutan akan hari esok adalah dua pencuri yang mengambil kebahagiaan saat ini."

Thursday, July 14, 2011

Matlamat Disusuli Dengan Tindakan Serta Disiplin Membuahkan Kejayaan

Menetapkan matlamat amat mudah, terutamanya ketika membuat azam tahun baru. Ramai yang menetapkan matlamat serta azam baru. Menetapkan matlamat merupakan suatu perkara yang baik. Akan tetapi, menetapkan matlamat sahaja tidak dapat menjamin kejayaan seseorang.

Lihatlah bilangan orang yang menetapkan matlamat mereka dan bilangan yang berjaya mencapai matlamat tersebut. Menetapkan MATLAMAT sahaja tanpa disusuli oleh TINDAKAN yang wajar serta DISIPLIN yang kukuh adalah tidak berguna.

Untuk mencapai matlamat anda, anda perlu berdisiplin untuk melakukan apa yang perlu, bukan untuk sehari dua, tetapi untuk satu jangka masa yang tertentu sehingga matlamat anda tercapai.

Jika anda tidak menyuap matlamat anda dengan tindakan yang bijak serta disiplin yang kuat, matlamat anda hanya akan kekal sebagai matlamat sahaja dan pada tahun depan, kehidupan anda masih kekal tidak berubah.

Formula Kejayaan ini adalah seperti berikut:

Matlamat + Tindakan + Disiplin = KEJAYAAN

Formula ini bukan hanya digunakan dalam perniagaan sahaja tetapi untuk apa-apa sahaja matlamat yang anda tentukan.

Lihat artikel tentang Kepentingan Menulis Matlamat.
"Ungkapan Motivasi Demi Masa! Sesungguhnya Manusia Itu Benar-Benar Dalam Kerugian Kecuali Orang-Orang Yang Beriman dan Mengerjakan Amal Soleh dan Nasihat Menasihati Supaya Mentaati Kebenaran dan Nasihat Menasihati Supaya Menetapi Kesabaran."

Wednesday, April 21, 2010

7 Langkah Untuk Mencapai Matlamat dan Kejayaan

"Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang." - Cecil B. DeMille

Artikel motivasi ini menjelaskan langkah-langkah, cara-cara, kaedah-kaedah, strategi-strategi, teknik-teknik, tip-tip, panduan-panduan atau rahsia-rahsia mencapai matlamat dan kejayaan yang anda inginkan.

Untuk mencapai matlamat anda dan berjaya dalam kehidupan, anda mestilah membina suatu kebiasaan berdasarkan langkah-langkah yang telah terbukti keberkesanannya seperti berikut:

1. Wujudkan Keinginan Anda Sebesar Mungkin.
Keinginan tersebut mestilah yang benar-benar anda idamkan. Bagaimana menyemarakkan keinginan anda? Duduk dan tulis semua keinginan anda. Nyatakan faedah-faedah dan kebaikan-kebaikan mencapai segala keinginan anda itu. Fikir dan tulislah sepuas-puasnya. Apabila senarai anda menjangkau 50 hingga 100, suatu bentuk perasaan atau semangat pada diri anda akan timbul. Teruskan. Anda akan mula menjadi lebih bersemangat. Jika anda terus menulis dan menghayati segala matlamat anda itu, semangat anda akan bertambah menyala, berapi-api! InsyaAllah.

2. Tuliskan Matlamat-Matlamat Anda.
Tulis matlamat-matlamat anda di atas sehelai kertas. Jika anda tidak tulis, ia hanya akan menjadi angan-angan sahaja. Salinkannya ke dalam Buku Matlamat anda. Ini PENTING, kerana dengan berbuat demikian, ia akan menjadi perkara yang penting bagi anda. Dengan berbuat demikian juga, ia akan mula meresap ke dalam minda separa sedar anda.

3. Tetapkan Tempoh dan Bila Anda Akan Mencapai Matlamat Anda.
Kaji tahap atau kedudukan anda sekarang berbanding dengan apa yang anda inginkan. Kira dan tentukan berapa banyak masa yang anda perlukan untuk mencapai matlamat anda itu. TETAPKAN bila matlamat tersebut mesti anda capai.

4. Buat Perancangan.
Rancangkan tindakan-tindakan anda. Senaraikan semua aktiviti mengikut susunan keutamaannya. Perbaiki senarai anda; optimumkannya, sempurnakannya.

5. Gambarkan Kejayaan Pada Minda Anda.
Letakkan suatu Studio Filem di minda anda! Bayangkan satu GAMBARAN MENTAL yang anda telah berjaya mencapainya. Buat imej minda yang jelas dan terang pada mata minda anda. Mainkan gambaran itu berulang-ulang – berkali-kali di fikiran anda. Ingatlah bahawa: "Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang." - Cecil B. DeMille.

6. Tangani Halangan.
1) Kenalpastikan halangan-halangan yang perlu anda atasi.
2) Tumpukan kepada usaha mendapat bantuan; bantuan yang anda akan perlukan untuk mencapai matlamat anda - misalnya pengetahuan, pakar-pakar, penasihat-penasihat atau badan-badan tertentu. adalah hasil dari fikirannya. Apa yang dia fikir, itulah yang dia akan menjadi".

7. Baki 90% Adalah Usaha dan Keazaman Anda
Sokong rancangan anda dengan KEAZAMAN (Resolve) dan SEMANGAT TIDAK MENGENAL PUTUS ASA (Persistence). Tekadkan semangat. Tumpukan kepada kejayaan. Fokuskan segala perhatian dan tenaga anda untuk mencapai segala matlamat anda pada waktu yang anda sendiri tetapkan. Bulatkan hati dan fikiran. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap sebarang cabaran. Lakukanlah tindakan-tindakan proaktif dan produktif.

InsyaAllah, dengan diiringi doa, keazaman, disiplin yang tinggi serta usaha gigih, anda akan mencapai apa juga matlamat yang anda ingini dan impikan.

Ditulis oleh;
Taidin Suhaimin


"Ungkapan Motivasi Buang Sedikit Masa Untuk Menepatkan Matlamat, dan Jangan Sebab Tiada Matlamat Masa Anda Terbuang."