FOLLOWERS

Thursday, October 14, 2010

Huraian Ringkas No Akar Kiraan Tarikh Lahir

Salam Sejahtera,

Seperti yang dijanjikan pada 8 Mac 2010, iaitu untuk memberi serba sedikit penerangan ringkas mengenai maksud huraian No Akar yang diperolehi melalui Kiraan Tarikh Lahir (Kaedah Pengiraan Greek). Rujuk cara Kiraan Tarikh Lahir Kaedah Greek di sini.

Ciri-Ciri Anda Adalah Dihurai Seperti Berikut :
No Akar 1 ;
Anda mempunyai ciri-ciri kepimpinan. Kemungkinan semasa alam
persekolahan atau selepas anda dilantik menjadi ketua atau
penolong atau dalam persatuan. Kemungkinan juga anda menolak
perlantikan dalam jawatan tersebut.
No Akar 2 ;
Anda punyai komunikasi atau penyampaian yang baik. Suara anda
kedengaran lantang dan jelas. Mungkin juga anda susah atau malu
nak mula bercakap namun apabila sudah mula anda kelihatan mesra.
No Akar 3 ;
Pergerakan anda sangat cepat atau lain kata anda tidak suka
bertangguh dalam sesuatu perkara.
No Akar 4 ;
Anda suka merancang dan juga anda suka kepada ilmu
pengetahuan.
No Akar 5 ;
Anda seorang yang punyai prinsip sendiri. Contoh jika anda kata “A”,
“A” lah jawapannya, jika “A”, “A”lah jawabnya. Atau anda tidak terus
membuat keputusan serta merta dan anda akan fikir dahulu dan
jawapan akan diberi kemudian.
No Akar 6 ;
Anda mempunyai sifat kekeluargaan atau ambil berat tentang
keluarga. Ini membuatkan anda bagus dalam perancangan
kewangan.
No Akar 7 ;
Anda punyai ramai kawan atau mudah mendapat penyokong. Ini
membuatkan hidup anda nampak bertuah.
No Akar 8 ;
Anda seorang yang bertanggungjawab sama ada terhadap keluarga
atau kerjaya. Contoh dalam kerjaya atau persekolahan jika diberi
tugas atau kerja rumah anda akan selesaikannya walaupun
memakan masa.
No Akar 9 ;
Anda suka mengejar kejayaan atau aset. Mungkin juga anda
memikirkan perniagaan yang membawa keuntungan.

INGAT! Rahsia Tarikh Lahir bukanlah satu kaedah untuk menujum atau meramalkan.
“Rahsia Tarikh Lahir (Kajian Sains Tingkah Laku Manusia) tidak ada kena mengena dengan meramal nasib ataupun menilik nasib. Ia adalah Kajian Sains Tingkah Laku Manusia untuk mengenali watak, kekuatan, kelemahan, potensi dan bakat seseorang.” - Dr Azizan Osman

Sunday, October 10, 2010

Tarikh Lahir Yang Dinantikan

10.10.10


Satu tarikh yang cantik dan dinantikan oleh ramai orang.

Ramai orang ingin mendaftarkan perniagaan mereka pada hari ini, sehingga SSM membuka kaunter pendaftaran perniagaan di seluruh Malaysia. Begitulah terujanya peminat-peminat tarikh lahir.

Pada hari ini juga perkahwinan Angkasawan Negara, iaitu Datuk Dr Sheikh Muszaphar, tauke Bas Sani United dan ramai lagi.

Friday, October 1, 2010

Teknik Meningkatkan Keupayaan Minda Separa Sedar

Di sini saya akan memberi beberapa teknik untuk meningkatkan keupayaan minda separa sedar. Teknik ini saya kongsikan bersama anda semua, antara teknik tersebut adalah :
1 - Teknik Hipnosis
Teknik Hipnosis ini banyak digunakakn bagi mengubati, menghalang dan menyembuhkan penyakit, membentuk peribadi agung dan meningkatkan kecekapan. Ramai golongan profesional dan ahli-ahli perniagaan menggunakan teknik ini.
2 - Teknik Affirmasi (Penyataan Diri)
Affirmasi ataupun Penyataan Diri ialah kenyataan yang anda cipta berkaitan dengan apa yang anda hendak jadi dan apa yang anda ingin lakukan dalam kehidupan.
3 - Teknik Pernafasan Terarah (Meditasi)
Teknik pernafasan terarah adalah teknik asas bagi anda memulakan meditasi. Teknik ini amat popular kerana ianya mudah dan ringkas apabila dilakukan dengan baik ia dapat membuahkan hasil yang cukup maksima.
Saya akan cuba menerangkan setiap teknik secara mendalam di dalam tulisan blog saya di masa hadapan.

Tuesday, September 28, 2010

Sentiasa Bersyukur

Alhamdulillah ......

Alhamdulillah kita ucapkan setiap kali kita berterima kasih kepada Allah s.w.t. Itulah ucapan oleh seorang yang bersyukur kepada setiap pemberian yang diterimanya.

Dengan bersyukur ini kita dapat membuang sikap angkuh dan sombong di dalam diri kita dan akan melahirkan sifat rendah diri, sebab itulah kita dianjurkan supaya sentiasa mensyukuri setiap pemberian Allah s.w.t.

Apabila kita mampu menghayati konsep bersyukur kepada Allah s.w.t. dengan sebenar-benarnya, maka barulah timbul rasa keinsafan, tolak ansur dan keprihatinan kepada nasib dan masa depan kita sebagai individu Muslim, keluarga dan umat.
Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud;
“Sesungguhnya, jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu.”
Surah Ibrahim, ayat 14
Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud;
”… berterima kasih kepadaKu dan kepada kedua orang tuamu.”
Surah Luqman, ayat 14

Syukur Alhamdulillah atas nikmat rezeki, kehidupan, anggota badan dan sebagainya yang Kau berikan kepada ku, Ya Allah. Alhamdulillah

Tuesday, September 14, 2010

Rahsia Tarikh Lahir Boleh Meramal Nasib?

Berikut adalah luahan Dr Azizan Osman apabila ditanya mengenai Rahsia Tarikh Lahir yang dianggap sesetengah pihak sebagai Peramal Nasib Manusia.
"Rahsia Tarikh Lahir (Kajian Sains Tingkah Laku Manusia) tidak ada kena mengena dengan meramal nasib ataupun menilik nasib. Ia adalah Kajian Sains Tingkah Laku Manusia untuk mengenali watak, kekuatan, kelemahan, potensi dan bakat seseorang"

Apakah perwatakan, kekuatan, kelemahan, potensi diri dan bakat anda berdasarkan daripada tarikh lahir?

Gunakan kekuatan anda untuk memaju diri, keluarga dan perniagaan ......

Perbaiki kelemahan untuk mempertingkatkan dan memantapkan jati diri ......

Serta gunakan potensi diri anda untuk meraih semua kejayaan dan kekayaan yang sudah berada di depan mata ......

Terima kasih kepada Dr Azizan Osman di atas penjelasan beliau.

Saturday, August 21, 2010

Rahsia Solat Istikharah – Membantu Dalam Membuat Keputusan Tepat

Solat Istikharah

Jika anda ingin membuat sesuatu keputusan dengan tepat, maka bersolatlah dengan solat sunat Istikharah.

Saturday, August 14, 2010

Cara Fokus Ketika Tiada Wang

Cara Fokus Ketika Tiada Wang

Bagaimana Untuk Memulakan Perniagaan Internet?

Ramai di antara kita ingin memulakan perniagaan internet, tetapi tidak tahu bagaimana untuk memulakan perniagaan secara online ataupun sering kali dipanggil perniagaan internet. Di sini saya ingin berkongsi dengan anda semua bagaimana anda boleh memulakan perniagaan internet anda dengan ringkas.

Langkah #1 : Produk
Semestinya anda ada produk ataupun perkhidmatan untuk dijual.

Langkah #2 : Tapak Jualan
Dalam dunia internet, laman web merupakan kedai anda. Anda MESTI ada laman web untuk memulakan perniagaan internet. Seboleh-bolehnya anda MESTI mempunyai domain name sendiri untuk menunjuk kekuatan produk atau perkhidmatan yang hendak dijual. Elakkan guna web ataupun blog percuma untuk meningkatkan kredibiliti anda.

Langkah #3 : Kaedah Pembayaran
Di internet terdapat ramai pengguna yang biasa menggunakan kad kredit untuk setiap pembelian. Namun pembayaran secara bank in, cek, wang pos juga harus disediakan. kepada mereka yang tidak memiliki kad kredit.

Langkah #4 : Promosi
Anda perlu melakukan promosi perniagaan internet anda secara bijak, Terdapat pelbagai teknik promosi perniagaan online, samada berbayar (seperti Adwords, Adbrite, Facebook dsb) serta yang percuma. Promosi adalah aktiviti yang paling penting dalam menentukan kejayaan perniagaan internet.

Saya akan berkongsi secara lebih mendalam bagi setiap langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk memulakan perniagaan internet di dalam artikel seterusnya.

Saturday, August 7, 2010

Cara Ringkas Pengiraan Tarikh Lahir

Dengan Tarikh Lahir, Bulan dan Tahun seseorang itu dilahirkan dan dengan penggunaan metodologi pengenalan diri serta menjumlahkan kesemuan nombor kepada satu angka (Kaedah Pengiraan Greek) seseorang boleh dikenali.

Seperti yang diketahui, Tarikh Lahir akan menjelaskan perwatakan, kekuatan (kebolehan), kelemahan, kerjaya dan perniagaan yang sesuai, kerjaya dan perniagaan yang tidak sesuai, potensi diri, kesihatan dan banyak lagi. Untuk mengetahui nombor lahir kita, kita boleh mencampurkan nombor-nombor Tarikh Lahir kita sehingga ianya menjadi satu nombor tunggal (satu digit).
Cara pengiraan ringkas yang mudah diikuti, contoh tarikh lahir pada 21 Julai 2004

1. Campurkan semua nombor yang terdapat dalam tarikh lahir;
21 + 7 + 2004 = 2032

2. Kemudian campurkan hasil yang diperolehi sehingga tinggal 1 digit;
2 + 0 + 3 + 2 = 7

Jadi 7 adalah Nombor Akar anda. Ikuti siri seterusnya untuk mengetahui maksud nombor 7.