FOLLOWERS

Monday, February 7, 2011

Barangsiapa Bersungguh-Sungguh Pasti Berjaya

Tajuk artikel ini diambil daripada pepatah Arab yang berbunyi "manjadda wajada" yang bermaksud "Siapa yang berusaha (bersungguh-sungguh), dia pasti berjaya."

Bersungguh-sungguh, sejauh mana anda semua mengaplikasikannya. Kerja bersungguh-sungguh, lakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh. Tambahan pula jika melakukan sesuatu yang tidak diminati, sukar bukan?

Thomas Edison berjaya mencipta mentol yang pertama selepas 999 kali ujian dilakukan.

Colonel Harland Sanders (francais KFC) mendapat pelanggan yang pertama selepas 1000 pertemuan.


Walaupun telah melalui pelbagai kegagalan, mereka tetap bersungguh-sungguh untuk menjayakan matlamat mereka yang telah mereka tetapkan terlebih dahulu.

JANGAN biarkan sebarang alasan menidakkan kesungguhan anda. Lakukan dengan bersungguh-sungguh, insyaAllah kejayaan menjelma kelak.
Ungkapan Motivasi Hendak Seribu Daya, Tidak Mahu Seribu Dalih.

Friday, January 21, 2011

Ebook Transformasi Potensi Diri

Mulai hari ini, 25 Januari 2011 sehingga 28 Februari 2011, kami akan memberikan anda nilai berganda bagi setiap pembelian eBook Rahsia Tarikh Lahir. Dengan membeli eBook Rahsia Tarikh Lahir anda akan mendapat 3 hadiah PERCUMA dari kami iaitu :
1. Laporan Rahsia Tarikh Lahir (setebal 33 ms)

2. Ebook The Science of Getting Rich (setebal 77 ms)

3. Software Kiraan Tarikh Lahir


Dengan pelaburan sebanyak RM70.00, untuk membeli eBook Rahsia Tarikh Lahir anda akan mendapat PERCUMA Laporan Lengkap Tarikh Lahir setebal 33ms.



PERCUMA lagi untuk anda ebook berjudul The Science of Getting Rich oleh penulis tersohor dunia, iaitu Wallace D. Wattles. ebook ini setebal 77 mukasurat dan membincangkan banyak perkara yang menarik.



PEMBERITAHUAN : Mulai Mac 2011, harga akan dinaikkan kepada RM90.00 untuk eBook Rahsia Tarikh Lahir & Laporan Rahsia Tarikh Lahir.

YA! Promosi Hebat Nilai Berganda.

Dapatkan Sekarang! Hanya RM120.00 RM 90.00 RM70.00 untuk 2 ebook, 1 Laporan Tarikh Lahir dan 1 Software Kiraan Tarikh Lahir

BERMINAT?
1. Bank-in  (Maybank : 1-62106-97476-0 ataupun CIMB Bank : 1601-0008945-52-7)
2. SMS (019-3966 972) ataupun emelkan (mohdsalman@yahoo.com) maklumat seperti
2.1 Nama penuh,
2.2 Tarikh lahir,
2.3 Emel,
2.4 Nama bank dan
2.5 Masa bank-in
3. Berikan kami 24 jam untuk pengesahan & penghantaran

Friday, January 14, 2011

Kelebihan Sedekah

Sedekah ini fadilat utamanya ada tiga iaitu rezeki murah, dapat menolak bala dan panjang umur. Sebabnya, apabila kita bersedekah, penerimanya akan mengucapkan alhamdulillah sebagai tanda penghargaan kepada Allah dan juga kepada manusia yang memberikan sumbangan. Ini juga dijelaskan dalam hadis yang bermaksud,
“ Sesiapa yang tidak mengasihani tidak akan dikasihani.”

Apabila kita bersedekah hendaklah kita mendahulukan orang yang dekat dengan kita termasuk adik beradik dan juga jiran tetangga sebelum menghulur bantuan kepada orang lain.

Ini dijelaskan dalam hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad. Antara lain ia menyusun keutamaan bersedekah kepada diri sendiri, isteri, anak, orang gaji dan jika masih ada sedekahlah kepada sesiapa yang memerlukan.

Jika masih ada golongan fakir dan miskin di negara kita, lebih baik kita bersedekah kepada mereka sebelum bersedekah kepada penduduk luar negara.

Berikut adalah hadis yang diriwayatkan daripada Jabir bin Abdullah, katanya, Rasulullah SAW bersabda bermaksud :
"Apabila seseorang daripada kamu berkeadaan miskin (dan dia hendak bersedekah), maka hendaklah dia lebih dulu mengutamakan keperluan dirinya sendiri. Kalau ada yang berlebih, hendaklah disedekahkan kepada anak isteri dan orang yang ditanggung nafkahnya. Kalau ada juga yang berlebih, hendaklah disedekahkan kepada kerabatnya (atau kepada orang yang ada pertalian kerabat dengannya). Kalau ada juga yang berlebih, maka hendaklah disedekahkan kepada orang lain yang memerlukan bantuan, yang ada di sana sini."

(Hadith Sahih Riwayat Imam Ahmad)

Saturday, January 1, 2011

Selamat Tahun Baru 2011

Salam & Selamat Sejahtera,

Dengan kedatangan tahun baru ini, diharapkan semuanya telah mencapai azam yang telah dibuat pada tahun lepas (2010) dan menguatkan keazaman untuk meraih kejayaan & kekayaan di dalam tahun 2011 dengan lebih lagi.

Jika masih belum mencapai azam & cita-cita 2010, maka perkuatkan semangat anda untuk mencapainya sebelum suku pertama (antara Jan-Mac 2011).

Jika anda masih tercari-cari apakah pekerjaan ataupun perniagaan yang sesuai untuk dilakukan pada tahun 2011, saya nasihatkan anda dapatkan eBook Rahsia Tarikh Lahir ataupun Laporan Lengkap Rahsia Tarikh Lahir, kerana di dalam dihuraikan secara terperinci tentang kerjaya, perniagaan ataupun bidang yang ingin anda ceburi.

Apa azam tahun baru anda?

Saya ucapkan Selamat Tahun Baru 2011.

Tuesday, December 28, 2010

Bekerja Seolah-Olah Kamu Hidup Seribu Tahun

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud;
“Bekerjalah kamu seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun dan beribadatlah seolah-olah kamu akan mati esok”

Nabi Muhammad s.a.w. pun memberi kita motivasi untuk berkerja bersungguh-sungguh. Kerja-kerja juga, tetapi jangan sampai lupa untuk solat kerana asyik untuk bekerja mencari rezeki. Di dalam Islam kerja adalah ibadah, kerana kita mencari rezeki untuk menyara keluarga samada kedua ibu bapa, isteri dan anak-anak.

Jadi mulai hari ini niatkan di dalam hati yang kita bekerja kerana Allah s.w.t., supaya kerja yang kita lakukan itu menjadi ibadah. Pahala dapat gaji pun dapat, seronok kan?
Ungkapan Motivasi Bekerja Adalah Ibadah.

Tuesday, December 14, 2010

Pola Tarikh Lahir Ning Baizura

Di sini kami akan cuba menghuraikan rahsia tarikh lahir menggunakan kaedah Sains Metafizik seorang penyanyi terkenal di Malaysia, iaitu Ning Baizura. Siapa yang tidak kenal kepada Ning Baizura? Penyanyi yang bersuara nyaring lagi lantang.

Nama : Ning Baizura bte Hamzah
Tarikh Lahir : 28 Jun 1975

Huraian Tarikh Lahir Kaedah Sains Metafizik

Setelah dikira tarikh lahir Ning Baizura, beliau memiliki nombor 2 sebagai Nombor Akar. (rujuk cara pengiraaan ringkas Cara Ringkas Pengiraan Tarikh Lahir). Nombor 2 adalah Elemen Air.

Ini adalah ciri dan huraian personaliti Nombor 2;
Anda Punyai Komunikasi Atau Penyampaian Yang Baik. Suara Anda Kedengaran Lantang Dan Jelas. Mungkin Juga Anda Susah Atau Malu Nak Mula Bercakap Namun Apabila Sudah Mula Anda Kelihatan Mesra.

Kita sedia maklum yang Ning Baizura memiliki suara yang lantang sewaktu menyanyi, ini jelas menunjukkan personaliti Ning Baizura berdasarkan pengiraan tarikh lahir Kaedah Sains Metafizik.

Sekarang kita lihat pula pola nombor 1 3, dimana kebanyakan individu yang mempunyai pola nombor 1 3 berkahwin dengan 'mat saleh' (orang putih). Ning Baizura ada pola nombor 1 3 ini dan terbukti kebenarannya.

Manakala pola nombor 2 7 menunjukkan ramai peminat.

Sebenarnya banyak lagi yang boleh diketahui melalui tarikh lahir ini, seperti keperibadian, kesihatan, kerjaya, perniagaan, keserasian pasangan, apa yang terjadi pada tahun-tahun mendatang supaya kita dapat bersedia dari awal.

Di sini kami cuma dapat berikan yang positif sahaja.

Tuesday, December 7, 2010

Salam Maal Hijrah 1432

Salam Maal Hijrah 1432, semoga perjalanan hidup kita diberkati dan dirahmati Allah serta dibuka segala pintu rezeki dan dipermudahkan dalam segala urusan dunia dan akhirat.

Amin

Sunday, November 28, 2010

Ebook Rahsia Tarikh Lahir

Promosi Jualan Akhir Tahun 2010

Mulai 1 Dis - 31 Dis 2010

Harga eBook Rahsia Tarikh Lahir : RM 60.00

Percuma Laporan Lengkap

Percuma Software Kiraan Tarikh Lahir

Percuma Kupon Bernilai RM50 Untuk Kursus Kuasa Tarikh Lahir

Berminat?

1. Hubungi kami di talian 019-3966 972 atau email mohdsalman@yahoo.com
2. Kemudian, bank-in  (Maybank : 1-62106-97476-0 ataupun CIMB Bank : 1601-0008945-52-7)
3. SMS ataupun emelkan nama penuh, tarikh lahir, emel dan maklumat pembayaran seperti nama bank, masa bank-in
4. Berikan kami 24 jam untuk pengesahan dan penghantaran

Terima kasih atas minat anda.

Sunday, November 21, 2010

Pola Tarikh Lahir Erra Fazira

Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai tarikh lahir pelakon dan penyanyi terkenal tanahair, iaitu Erra Fazira. Nak berkongsi tarikh lahir saya tentu anda semua tak nak kan? Jadi saya pilih Erra Fazira.

Sekarang, mari kita tanya ibu Erra Fazira bilakah beliau dilahirkan.
Ibu Erra Fazira : Erra dilahirkan pada 9 Februari 1974

Kombinasi nombor tarikh lahir yang terdapat dalam pola segitiga tersebut antaranya ialah nombor 123 yang menunjukkan beliau memiliki kekuatan suara dan 426 pula menunjukkan rezeki beliau datang daripada suara.

Kombinasi nombor diatas banyak dimiliki oleh ramai artis dan juga penceramah/motivator. Sementara itu, kombinasi 459 yang dimiliki oleh Erra Fazira membantu beliau dalam kehidupan kerana individu ini memiliki deria ke-6 yang sangat kuat. Pola 669 pula menunjukkan bahawa Erra Fazira sangat sesuai menjalankan perniagaan dan mudah sukses dalam perniagaan yang diceburinya.

Secara ringkas, dengan mengetahui pola kombinasi dari tarikh lahir seseorang individu itu lebih mudah untuk merancang kehidupan. Dengan adanya ilmu ini seseorang itu tidak perlu menghabiskan banyak masa dengan membuat pekerjaan yang tidak bersesuaian dengannya. Menurut kajian sikap yang dijalankan pola tarikh lahir mempengaruhi 80%-90% kehidupan individu. Sungguhpun begitu, kajian numerologi ini hanyalah sebagai panduan sahaja.

Sunday, November 7, 2010

Kisah Lembu Korban

Hari ini saya ingin berkongsi satu kisah. Ceritera ini berlaku di sebuah negeri Ntah Berentah, tetapi kisah benar.

Sayugia ketika Hari Raya Aidil Adha yang lalu (tahun 2009), seorang pak cik (Pak Berahim) dalam lingkungan 60-an datang untuk membuat pembayaran lembu korban yang telah ditempah untuk bahagiannya. Adapun maka dihulurkan wang tersebut kepada urusetia (nama dirahsiakan).

Urusetia yang menerima bayaran tersebut tiba-tiba berkata, "Duit singit-singit je pak cik?  Duit tabung cucu mana pulak pak cik pecahkan ni?" dengan nada yang sinis.

"Tak lah, pak cik disiplinkan diri pak cik untuk menabung sehari seringgit setiap hari, setahun dah jadi RM365.00  jadi dengan wang itulah pak cik nak membayar bahagian lembu korban untuk bahagian pak cik. Pak cik bukannya ada gaji bulan nak membayar sekali gus. Di kumpul-kumpul barulah dapat sikit. Pak cik cadang nak buat selama 8 tahun, supaya dapat nilai seekor lembu.", balas pak cik dengan senyuman.

Demikianlah sebuah kisah dari negeri Ntah Berentah. Tunggu ceritera selanjutnya dari negeri Di Atas Angin.

Kisah Tauladan : "Sikit-Sikit. Lama-Lama Jadi Bukit"