1. Minda Separa Sedar bertugas secara terlatih tanpa perlu berfikir dan merekodkan pengalaman seumur hidup.
2. Minda Separa Sedar tidak membantah perkara yang difikirkan (dimasukkan), tetapi menerima setiap keputusan dan kesimpulan secara mutlak.
3. Minda Separa Sedar bagaikan "Jin Aladnin" yang menunaikan setiap permintaan (kehendak) manusia tanpa bantahan tidak kira sama ada implikasinya baik ataupun buruk.
4. Minda Separa Sedar memiliki keupayaan menghadapi setiap ragam dan kepayahan manusia di dunia ini.
5. Minda Separa Sedar juga dapat mencetus idea-idea baru da hebat. Ia juga dapat menyembuh dan menghalang panyakit.
6. Minda Separa Sedar juga adalah sumber cita-cita dan aspirasi serta mendorong sikap kemanusiaan.
FOLLOWERS
Friday, October 14, 2011
Wednesday, September 28, 2011
Kepentingan Menulis Matlamat
Matlamat memudahkan kita untuk menuju ke destinasi kejayaan yang dikehendaki. Kepentingan menulis matlamat adalah :
- 1. Supaya sentiasa mengingatkan kita akan destinasi kita yang sebenar, lagi pula kita insan kerdil yang pelupa (melayu mudah lupa?).
- 2. Bila kita mengulang baca matlamat yang ditulis, ia akan masuk ke dalam minda separa sedar ("sub concious mind").
- 3. Menulis matlamat menjadikan imaginasi kita lebih besar dan akan meransang otak untuk bertindak mencari peluang-peluang mencapai matlamat.
"Ungkapan Motivasi Sesungguhnya Solatku, Ibadatku, Hidupku, Matiku, Kerana Allah Tuhan Sekelian Alam."
Wednesday, September 21, 2011
Tips Membina Kuasa Fokus
Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda semua bagaimana cara mudah untuk membina kuasa penumpuan, ataupun kuasa fokus.
Sebenarnya anda perlu memberi saranan ataupun affirmasi ke minda separa sedar anda untuk membina corak pemikiran yang baru supaya lebih fokus. Latihan affirmasi boleh dilakukan seperti berikut :
Sebenarnya anda perlu memberi saranan ataupun affirmasi ke minda separa sedar anda untuk membina corak pemikiran yang baru supaya lebih fokus. Latihan affirmasi boleh dilakukan seperti berikut :
- "Aku dikurniakan dengan kuasa penumpuan (fokus) yang hebat. Aku boleh memegang dan menahan pemikiran aku pada satu idea sehinggalah aku memilih untuk melepaskannya dari minda aku."
"Ungkapan Motivasi Fokuskan sesuatu perkara seperti kanta pembesar, semakin kuat penumpuan, semakin hebat kesannya."
Bagaimana Untuk Memperbaiki Energi Reiki
Energi Reiki boleh dipertingkatkan kualitinya melalui latihan pernafasan. Jom kita mulakan latihan pernafasan ini.
Lakukan latihan ini sekurang-kurangnya 10 minit pada setiap hari. Kesabaran dan pemaaf adalah kunci bagi meningkatkan spiritual anda. Jumpa lagi untuk latihan memperbaiki energi reiki di dalam keluaran berikutnya.
- 1. Untuk lebih selesa dinasihatkan duduk di atas kerusi, pastikan anda berada dalam keadaan tenang dan damai. 2. Kemudian bayangkan orang-orang yang anda benci ataupun yang anda marah, minta maaf secara visualisasi, tidak kira samada anda bersalah ataupun tidak. Bebaskan segala kemarahan dan dendam anda. Kawal tenaga negatif ini supaya tidak bersarang dalam diri anda. 3. Lakukan proses ini daripada seorang kepada seorang yang lain. Lama-kelamaan, tiada lagi orang yang anda marahi.
Lakukan latihan ini sekurang-kurangnya 10 minit pada setiap hari. Kesabaran dan pemaaf adalah kunci bagi meningkatkan spiritual anda. Jumpa lagi untuk latihan memperbaiki energi reiki di dalam keluaran berikutnya.
Sunday, August 21, 2011
3 Langkah Untuk Menjadi Positif
Ramai yang bertanya, bagaimana cara untuk menjadi lebih positif? Di sini saya huraikan 3 langkah bagaimana untuk menjadi lebih positif. 3 langkah tersebut adalah "SAY Positif, DO Positif, THINK Positif".
Say Positive...... Do Positive...... Think Positive......
- 1. Bicara Positif ("Say Positive") Sentiasa bercakap mengenai perkara yang positif sahaja. Semua orang suka orang lain membicarakan hal-hal yang baik tentang dirinya, jadi tidaklah perlu kita bercakap negatif tentang orang.
- 2. Lakukan Hal-Hal Yang Positif ("Do Positive") Jika anda tertekan, pastikan anda bersabar dengan ujian Allah s.w.t., sabar adalah termasuk di dalam hal-hal yang positif. Banyak lagi perkara-perkara positif yang boleh dilakukan seperti bersyukur, memaafkan orang walaupun kita kita bersalah, memudahkan sesuatu perkara kepada orang lain, memberi nasihat dan sebagainya.
- 3. Berfikiran Positif ("Think Positive") Berfikiran Positif adalah seperti kita merawat minda kita, dengan melakukan latihan affirmasi (sugesti) yang baik maka anda akan lebih bersikap positif. Menurut kajian apabila seseorang jatuh sakit, yang membuatkan seseorang sembuh adalah 60% dari minda (sugesti). Berfikiran positif akan membuatkan kita berkata positif, melakukan perkara yang positif dan akan menerima kebaikan dari sekitar anda.
Say Positive...... Do Positive...... Think Positive......
"Ungkapan Motivasi Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih."
Sunday, August 14, 2011
Tetapkan Tempoh Masa Matlamat Kita
Anda telah pun membuat matlamat, tetapi adakah anda tetapkan tempoh masa (deadline) untuk mencapai matlamat berkenaan?
Matlamat tanpa deadline adalah mimpi di siang hari (angan-angan). Apa jua matlamat yang ditetapkan, tetapkan juga tempoh masa untuk mencapainya.
Pernahkah terjadi kepada anda matlamat yang telah disetkan 5 tahun lepas masih belum tercapai? Ini adalah disebab anda tidak menetapkan tempoh masa yang khusus untuk sesuatu matlamat tersebut. Kebanyakan kita takut untuk menetapkan tempoh masa untuk mencapai matlamat kerana takut matlamat tersebut tidak berjaya dicapai.
Itu adalah andaian yang tidak berasas. Harus diingat tempoh masa untuk mencapai sesuatu matlamat MESTILAH relevan. Jika masih belum tercapai matlamat yang telah ditetapkan, maka anda seharusnya lebih berusaha dan kembali tetapkan tempoh masa yang lebih realistik dalam mencapai matlamat tersebut.

"Ungkapan Motivasi Penyesalan akan hari semalam, dan ketakutan akan hari esok adalah dua pencuri yang mengambil kebahagiaan saat ini."
Sunday, August 7, 2011
Pernafasan Terarah Supaya Lebih Fokus
Dengan melakukan pernafasan terarah, akan membantu anda supaya lebih tenang dan apabila anda tenang maka anda akan lebih fokus. Itulah matlamat kita melakukan pernafasan terarah ini.
Di sini saya akan membimbing anda untuk melakukan pernafasan terarah, sebenarnya untuk melakukan pernafasan terarah ini amatlah mudah sekali. Sila ikuti langkah seperti berikut :
Anda akan terasa lebih tenang dan fokus sekarang.
Di sini saya akan membimbing anda untuk melakukan pernafasan terarah, sebenarnya untuk melakukan pernafasan terarah ini amatlah mudah sekali. Sila ikuti langkah seperti berikut :
- 1. Duduk secara santai, samada bersila ataupun duduk di atas kerusi dengan menegakkan badan. 2. Tarik nafas melalui hidung secara perlahan-lahan dalam kiraan 6 hitungan. 3. Kemudian tahan nafas selama 6 hitungan. 4. Selepas itu lepaskan nafas anda perlahan-lahan dalam 6 hitungan juga. 5. Kemudian biarkan dalam 6 hitungan. 6. Ulangi langkah 2-5 sebanyak 9 kali.
Anda akan terasa lebih tenang dan fokus sekarang.
"Motivasi Harian Jangan lihat apa yang anda usahakan, tetapi lihatlah apa yang belum anda selesaikakan."
Thursday, July 21, 2011
Terapi Reiki Sebagai Penyembuhan Alternatif
Tidak dapat disangkal lagi penyembuhan alternatif mulai dicari dan digunakan sebagai penyembuhan alternatif disamping penyembuhan kedoktoran.
Penyembuhan Alternatif ataupun juga dikemali sebagai Rawatan Alternatif seperti Akupuntur, Tenaga Prana, Chikung, Tai Chi, Reiki, Meditasi, Olah Pernafasan sudah terbukti dapat menjaga kesihatan dan menyembuhkan penyakit di dalam badan.
Terapi Reiki adalah satu daripada penyembuhan alternatif yang dapat merawat dan menyembuhkan pesakit melalui aliran energi yang disalurkan melalui tapak tangan perawat kepada pesakit. Energi Reiki akan mengalir ke tempat yang sakit secara automatik untuk mengimbangi energi yang sedia ada.
Pesakit kemungkinan akan terasa seperti semut-semut akibat daripada aliran energi. Pengaliran Energi Reiki hanya mengambil masa kurang dari 5 minit sahaja.

Thursday, July 14, 2011
Matlamat Disusuli Dengan Tindakan Serta Disiplin Membuahkan Kejayaan
Menetapkan matlamat amat mudah, terutamanya ketika membuat azam tahun baru. Ramai yang menetapkan matlamat serta azam baru. Menetapkan matlamat merupakan suatu perkara yang baik. Akan tetapi, menetapkan matlamat sahaja tidak dapat menjamin kejayaan seseorang.
Lihatlah bilangan orang yang menetapkan matlamat mereka dan bilangan yang berjaya mencapai matlamat tersebut. Menetapkan MATLAMAT sahaja tanpa disusuli oleh TINDAKAN yang wajar serta DISIPLIN yang kukuh adalah tidak berguna.
Untuk mencapai matlamat anda, anda perlu berdisiplin untuk melakukan apa yang perlu, bukan untuk sehari dua, tetapi untuk satu jangka masa yang tertentu sehingga matlamat anda tercapai.
Jika anda tidak menyuap matlamat anda dengan tindakan yang bijak serta disiplin yang kuat, matlamat anda hanya akan kekal sebagai matlamat sahaja dan pada tahun depan, kehidupan anda masih kekal tidak berubah.
Formula Kejayaan ini adalah seperti berikut:
Matlamat + Tindakan + Disiplin = KEJAYAAN
Formula ini bukan hanya digunakan dalam perniagaan sahaja tetapi untuk apa-apa sahaja matlamat yang anda tentukan.
Lihat artikel tentang Kepentingan Menulis Matlamat.

"Ungkapan Motivasi Demi Masa! Sesungguhnya Manusia Itu Benar-Benar Dalam Kerugian Kecuali Orang-Orang Yang Beriman dan Mengerjakan Amal Soleh dan Nasihat Menasihati Supaya Mentaati Kebenaran dan Nasihat Menasihati Supaya Menetapi Kesabaran."
Thursday, July 7, 2011
Kepentingan Fokus
Fokus adalah amat penting kerana kita perlu memberi sepenuh tumpuan tenaga, usaha & kesungguhan kita kepada sesuatu. Dengan memberi lebih fokus terhadap sesuatu perkara yang sedang kita lakukan maka usaha tersebut akan berlipat kali ganda kesannya.
Analoginya seperti kita gunakan kanta pembesar untuk menumpukan cahaya matahari kepada satu titik fokus. Apa yang terjadi? Akibat daripada tumpuan fokus kanta pembesar akan membuatkan kepanasan cahaya matahari berganda sehingga boleh menyebabkannya terbakar.
Dengan memberi tumpuan tenaga, usaha dan kesungguhan kita pada satu titik fokus, hidup kita akan berjaya mencapai apa yang dimatlamatkan dengan lebih cepat dan mudah.

"Ungkapan Motivasi Tinggalkanlah kesenangan yang menghalangi pencapaian kecemerlangan hidup yang diidamkan. Dan berhati-hatilah, kerana beberapa kesenangan adalah cara gembira menuju kegagalan. - Mario Teguh"
Subscribe to:
Posts (Atom)