FOLLOWERS

Monday, November 7, 2011

Matlamat Mesti Dibaca Setiap Hari

Hidup mesti bermatlamat dan matlamat mesti dibaca setiap hari, kalau boleh setiap jam supaya kita sentiasa dapat mengingati matlamat tersebut.

Jika ingin matlamat tersebut lebih berjaya dilaksanakan, lebih baik kita war-warkan kepada orang sekeliling kita TETAPI ingat jangan war-warkan kepada orang yang negatif takut nanti matlamat akan TAMAT (AWAS: mungkin akan akan dimanupulasikan oleh orang tersebut).
"Ungkapan Motivasi Di Tengah Kesulitan Terdapat Peluang. - Albert Einstein"

Friday, October 21, 2011

Kad Matlamat

Apa itu kad matlamat? Kad matlamat adalah senarai matlamat yang ingin anda capai di dalam tempoh masa tertentu.

Pada pandangan saya kad matlamat ini amat penting, sepenting kad perniagaan. Dengan adanya kad matlamat anda boleh mengulang baca matlamat anda pada bila-bila masa, terutamanya sebelum mula bekerja. Dengan itu akan terbit motivasi diri. Sesuatu yang sering diulang baca, akan tertanam di dalam fikiran (minda separa sedar) dan war-warkan kepada semua kenalan untuk membuahkan hasil yang mantap.

Tetapi harus diingat jangan berkongsi matlamat anda dengan kenalan yang negatif, takut nanti matlamat anda akan TAMAT (kerana dikhuatiri kenalan yang negatif akan "tanamkan" fikiran yang negatif kepada anda).

Anda boleh bahagikan kad matlamat anda kepada beberapa bahagian seperti :
    1. Satu kad matlamat untuk kerjaya/perniagaan. 2. Satu kad matlamat untuk keluarga. 3. Satu kad matlamat untuk kesihatan. 4. Satu kad matlamat untuk kewangan.
"Ungkapan Motivasi Orang yang sukses adalah orang yang istiqomah di dalam amal baik. – Al Habib Alwi Bin Muhammad Bin Tohir Al Haddad"

Friday, October 14, 2011

Tips Agar Sentiasa Berfikiran Positif

Sekali pandang, nampak macam mudah untuk sentiasa berfikiran positif dan optimistik, tetapi sebenarnya ianya adalah perkara yang sukar untuk dilakukan. Namun ianya tidak mustahil kerana semuanya terletak dalam diri individu itu sendiri untuk menerima situasi yang berlaku terhadap diri mereka.

Disini saya ingin berkongsi tips bagaimana untuk sentiasa kekal positif supaya anda akanberoleh kejayaan hidup.
    1. Sentiasa Bergaul Dengan Individu Yang Positif Ini amat penting, kerana jika anda bergaul dengan mereka yang bersifat negatif, lambat-laun anda juga akan menjadi seperti mereka. Hadkan pergaulan anda dengan mereka yang bersikap negatif. Orang yang berfikiran positif akan sentiasa mendorong persekitarannya untuk menjadi positif. Oleh itu, pastikan anda memilih pergaulan dengan teliti bagi mewujudkan mentaliti yang positif.  
    2. Mewujudkan Persekitaran Positif Persekitaran, ia boleh dikaitkan dengan apa sahaja. Contohnya persekitaran tempat kerja anda. Jadikan suasana di tempat kerja anda ceria, bersih dan terdapat bau-bauan yang menyegarkan, maafkan kawan-kawan yang melakukan kesalahan pada anda. Ini penting untuk mengekalkan mentaliti positif dan meningkatkan produktiviti harian.  
    3. Ayat-Ayat Komunikasi Yang Positif Penggunaan ayat-ayat yang positif juga memainkan peranan di dalam diri dan juga persekitaran anda. Apabila hendak berkomunikasi pilihlah ayat-ayat yang mendorong ke arah sikap yang positif. Misalnya ayat seperti “Bosanlah hari ini, sales belum masuk lagi” menjadi “Hari ini aku lebih hebat dari semalam, sales aku meningkat”.
"Ungkapan Motivasi Semakin besar “Mengapa” anda maka semakin besar energi yang mendorong anda untuk meraih kejayaan."

Kelebihan Minda Separa Sedar

1. Minda Separa Sedar bertugas secara terlatih tanpa perlu berfikir dan merekodkan pengalaman seumur hidup.

2. Minda Separa Sedar tidak membantah perkara yang difikirkan (dimasukkan), tetapi menerima setiap keputusan dan kesimpulan secara mutlak.

3. Minda Separa Sedar bagaikan "Jin Aladnin" yang menunaikan setiap permintaan (kehendak) manusia tanpa bantahan tidak kira sama ada implikasinya baik ataupun buruk.

4. Minda Separa Sedar memiliki keupayaan menghadapi setiap ragam dan kepayahan manusia di dunia ini.

5. Minda Separa Sedar juga dapat mencetus idea-idea baru da hebat. Ia juga dapat menyembuh dan menghalang panyakit.

6. Minda Separa Sedar juga adalah sumber cita-cita dan aspirasi serta mendorong sikap kemanusiaan.

Wednesday, September 28, 2011

Kepentingan Menulis Matlamat

Matlamat memudahkan kita untuk menuju ke destinasi kejayaan yang dikehendaki. Kepentingan menulis matlamat adalah :
    1. Supaya sentiasa mengingatkan kita akan destinasi kita yang sebenar, lagi pula kita insan kerdil yang pelupa (melayu mudah lupa?). 
    2. Bila kita mengulang baca matlamat yang ditulis, ia akan masuk ke dalam minda separa sedar ("sub concious mind"). 
    3. Menulis matlamat menjadikan imaginasi kita lebih besar dan akan meransang otak untuk bertindak mencari peluang-peluang mencapai matlamat.
"Ungkapan Motivasi Sesungguhnya Solatku, Ibadatku, Hidupku, Matiku, Kerana Allah Tuhan Sekelian Alam."

Wednesday, September 21, 2011

Tips Membina Kuasa Fokus

Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda semua bagaimana cara mudah untuk membina kuasa penumpuan, ataupun kuasa fokus.

Sebenarnya anda perlu memberi saranan ataupun affirmasi ke minda separa sedar anda untuk membina corak pemikiran yang baru supaya lebih fokus. Latihan affirmasi boleh dilakukan seperti berikut :
    "Aku dikurniakan dengan kuasa penumpuan (fokus) yang hebat. Aku boleh memegang dan menahan pemikiran aku pada satu idea sehinggalah aku memilih untuk melepaskannya dari minda aku."
Lakukan latihan affirmasi ini berulang kali, selamat mencuba dan semoga berjaya.
"Ungkapan Motivasi Fokuskan sesuatu perkara seperti kanta pembesar, semakin kuat penumpuan, semakin hebat kesannya."

Bagaimana Untuk Memperbaiki Energi Reiki

Energi Reiki boleh dipertingkatkan kualitinya melalui latihan pernafasan. Jom kita mulakan latihan pernafasan ini.
    1. Untuk lebih selesa dinasihatkan duduk di atas kerusi, pastikan anda berada dalam keadaan tenang dan damai. 2. Kemudian bayangkan orang-orang yang anda benci ataupun yang anda marah, minta maaf secara visualisasi, tidak kira samada anda bersalah ataupun tidak. Bebaskan segala kemarahan dan dendam anda. Kawal tenaga negatif ini supaya tidak bersarang dalam diri anda. 3. Lakukan proses ini daripada seorang kepada seorang yang lain. Lama-kelamaan, tiada lagi orang yang anda marahi.

Lakukan latihan ini sekurang-kurangnya 10 minit pada setiap hari. Kesabaran dan pemaaf adalah kunci bagi meningkatkan spiritual anda. Jumpa lagi untuk latihan memperbaiki energi reiki di dalam keluaran berikutnya.

Sunday, August 21, 2011

3 Langkah Untuk Menjadi Positif

Ramai yang bertanya, bagaimana cara untuk menjadi lebih positif? Di sini saya huraikan 3 langkah bagaimana untuk menjadi lebih positif. 3 langkah tersebut adalah "SAY Positif, DO Positif, THINK Positif".
    1. Bicara Positif ("Say Positive") Sentiasa bercakap mengenai perkara yang positif sahaja. Semua orang suka orang lain membicarakan hal-hal yang baik tentang dirinya, jadi tidaklah perlu kita bercakap negatif tentang orang.  
    2. Lakukan Hal-Hal Yang Positif ("Do Positive") Jika anda tertekan, pastikan anda bersabar dengan ujian Allah s.w.t., sabar adalah termasuk di dalam hal-hal yang positif. Banyak lagi perkara-perkara positif yang boleh dilakukan seperti bersyukur, memaafkan orang walaupun kita kita bersalah, memudahkan sesuatu perkara kepada orang lain, memberi nasihat dan sebagainya.  
    3. Berfikiran Positif ("Think Positive") Berfikiran Positif adalah seperti kita merawat minda kita, dengan melakukan latihan affirmasi (sugesti) yang baik maka anda akan lebih bersikap positif. Menurut kajian apabila seseorang jatuh sakit, yang membuatkan seseorang sembuh adalah 60% dari minda (sugesti). Berfikiran positif akan membuatkan kita berkata positif, melakukan perkara yang positif dan akan menerima kebaikan dari sekitar anda.

Say Positive...... Do Positive...... Think Positive......
"Ungkapan Motivasi Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih."

Sunday, August 14, 2011

Tetapkan Tempoh Masa Matlamat Kita

Anda telah pun membuat matlamat, tetapi adakah anda tetapkan tempoh masa (deadline) untuk mencapai matlamat berkenaan?

Matlamat tanpa deadline adalah mimpi di siang hari (angan-angan).  Apa jua matlamat yang ditetapkan, tetapkan juga tempoh masa untuk mencapainya.

Pernahkah terjadi kepada anda matlamat yang telah disetkan 5 tahun lepas masih belum tercapai? Ini adalah disebab anda tidak menetapkan tempoh masa yang khusus untuk sesuatu matlamat tersebut. Kebanyakan kita takut untuk menetapkan tempoh masa untuk mencapai matlamat kerana takut matlamat tersebut tidak berjaya dicapai.


Itu adalah andaian yang tidak berasas. Harus diingat tempoh masa untuk mencapai sesuatu matlamat MESTILAH relevan. Jika masih belum tercapai matlamat yang telah ditetapkan, maka anda seharusnya lebih berusaha dan kembali tetapkan tempoh masa yang lebih realistik dalam mencapai matlamat tersebut.
"Ungkapan Motivasi Penyesalan akan hari semalam, dan ketakutan akan hari esok adalah dua pencuri yang mengambil kebahagiaan saat ini."

Sunday, August 7, 2011

Pernafasan Terarah Supaya Lebih Fokus

Dengan melakukan pernafasan terarah, akan membantu anda supaya lebih tenang dan apabila anda tenang maka anda akan lebih fokus. Itulah matlamat kita melakukan pernafasan terarah ini.

Di sini saya akan membimbing anda untuk melakukan pernafasan terarah, sebenarnya untuk melakukan pernafasan terarah ini amatlah mudah sekali. Sila ikuti langkah seperti berikut :
    1. Duduk secara santai, samada bersila ataupun duduk di atas kerusi dengan menegakkan badan. 2. Tarik nafas melalui hidung secara perlahan-lahan dalam kiraan 6 hitungan. 3. Kemudian tahan nafas selama 6 hitungan. 4. Selepas itu lepaskan nafas anda perlahan-lahan dalam 6 hitungan juga. 5. Kemudian biarkan dalam 6 hitungan. 6. Ulangi langkah 2-5 sebanyak 9 kali.

Anda akan terasa lebih tenang dan fokus sekarang.
"Motivasi Harian Jangan lihat apa yang anda usahakan, tetapi lihatlah apa yang belum anda selesaikakan."