Tarikh Lahir kini menjadi satu fenomena baru di Malaysia. Ramai yang telah menghadiri pelbagai kursus tarikh lahir yang diadakan oleh ramai tenaga pengajar ataupun mentor. Kini semakin ramai pakar motivasi menggunakan kaedah Sains Metafizik ini di dalam sesi ceramah untuk mengcungkil potensi diri peserta.
Sebagai contoh, seorang pelajar boleh menggetahui kecenderungan, bidang ataupun potensi dirinya dengan menggunakan pengiraan tarikh lahir. Pelajar tersebut boleh menumpukan kepada bidang yang ingin beliau ikuti semasa menyambung pelajaran di universiti.
Kaedah Tarikh Lahir ini juga boleh digunakan di dalam mencari rakan kongsi perniagaan. Sebenarnya banyak lagi yang boleh diketahui dengan menggunakan pengiraan tarikh lahir ini.
FOLLOWERS
Friday, May 21, 2010
Sunday, May 16, 2010
Selamat Hari Guru
Selamat Hari Guru kepada semua guru di Malaysia, khususnya guru-guru yang pernah mendidik dan mengajar saya. Saya sentiasa mendoakan semua guru supaya berada di dalam keadaan baik, sihat sejahtera selalu.
Sentiasa berdoa kepada semua guru terutama arwah guru kita. Amin
Sentiasa berdoa kepada semua guru terutama arwah guru kita. Amin
Sunday, May 9, 2010
Selamat Hari Ibu
Selamat Hari Ibu kepada semua ibu-ibu, terutamanya kepada mama, emak dan isteri tercinta. Hayati lirik yang ditulis oleh allahyarham Tan Sri P. Ramlee, iaitu lagu IBU
Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Bila ku berduka
Engkau hiburkan selalu
Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Tempat menyatakan kasih
Wahai ibu
Betapa tidak hanya engkaulah
Yang menyniari hidupku
Sepanjang masa engkau berkorban
Tidak putusnya bagai air lalu
Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Tempatku menyerahkan kasih
Wahai ibu
Wednesday, April 28, 2010
Minda Separa Sedar dan Sembang Reiki Ditutup Sementara
Saya akan menghentikan sementara penulisan tentang Minda Separa Sedar, Sembang Reiki disepanjang bulan April 2010 untuk memberi laluan kepada Teknik SEO. Tujuan saya adalah untuk mendapat ranking tertinggi di dalam semua search engine untuk keyword seperti bisnes Vemma, produk Vemma dan Vemma Malaysia.
Maaf atas kesulitan.
Maaf atas kesulitan.
Wednesday, April 21, 2010
7 Langkah Untuk Mencapai Matlamat dan Kejayaan
"Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang." - Cecil B. DeMille
Artikel motivasi ini menjelaskan langkah-langkah, cara-cara, kaedah-kaedah, strategi-strategi, teknik-teknik, tip-tip, panduan-panduan atau rahsia-rahsia mencapai matlamat dan kejayaan yang anda inginkan.
Untuk mencapai matlamat anda dan berjaya dalam kehidupan, anda mestilah membina suatu kebiasaan berdasarkan langkah-langkah yang telah terbukti keberkesanannya seperti berikut:
1. Wujudkan Keinginan Anda Sebesar Mungkin.
Keinginan tersebut mestilah yang benar-benar anda idamkan. Bagaimana menyemarakkan keinginan anda? Duduk dan tulis semua keinginan anda. Nyatakan faedah-faedah dan kebaikan-kebaikan mencapai segala keinginan anda itu. Fikir dan tulislah sepuas-puasnya. Apabila senarai anda menjangkau 50 hingga 100, suatu bentuk perasaan atau semangat pada diri anda akan timbul. Teruskan. Anda akan mula menjadi lebih bersemangat. Jika anda terus menulis dan menghayati segala matlamat anda itu, semangat anda akan bertambah menyala, berapi-api! InsyaAllah.
2. Tuliskan Matlamat-Matlamat Anda.
Tulis matlamat-matlamat anda di atas sehelai kertas. Jika anda tidak tulis, ia hanya akan menjadi angan-angan sahaja. Salinkannya ke dalam Buku Matlamat anda. Ini PENTING, kerana dengan berbuat demikian, ia akan menjadi perkara yang penting bagi anda. Dengan berbuat demikian juga, ia akan mula meresap ke dalam minda separa sedar anda.
3. Tetapkan Tempoh dan Bila Anda Akan Mencapai Matlamat Anda.
Kaji tahap atau kedudukan anda sekarang berbanding dengan apa yang anda inginkan. Kira dan tentukan berapa banyak masa yang anda perlukan untuk mencapai matlamat anda itu. TETAPKAN bila matlamat tersebut mesti anda capai.
4. Buat Perancangan.
Rancangkan tindakan-tindakan anda. Senaraikan semua aktiviti mengikut susunan keutamaannya. Perbaiki senarai anda; optimumkannya, sempurnakannya.
5. Gambarkan Kejayaan Pada Minda Anda.
Letakkan suatu Studio Filem di minda anda! Bayangkan satu GAMBARAN MENTAL yang anda telah berjaya mencapainya. Buat imej minda yang jelas dan terang pada mata minda anda. Mainkan gambaran itu berulang-ulang – berkali-kali di fikiran anda. Ingatlah bahawa: "Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang." - Cecil B. DeMille.
6. Tangani Halangan.
1) Kenalpastikan halangan-halangan yang perlu anda atasi.
2) Tumpukan kepada usaha mendapat bantuan; bantuan yang anda akan perlukan untuk mencapai matlamat anda - misalnya pengetahuan, pakar-pakar, penasihat-penasihat atau badan-badan tertentu. adalah hasil dari fikirannya. Apa yang dia fikir, itulah yang dia akan menjadi".
7. Baki 90% Adalah Usaha dan Keazaman Anda
Sokong rancangan anda dengan KEAZAMAN (Resolve) dan SEMANGAT TIDAK MENGENAL PUTUS ASA (Persistence). Tekadkan semangat. Tumpukan kepada kejayaan. Fokuskan segala perhatian dan tenaga anda untuk mencapai segala matlamat anda pada waktu yang anda sendiri tetapkan. Bulatkan hati dan fikiran. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap sebarang cabaran. Lakukanlah tindakan-tindakan proaktif dan produktif.
InsyaAllah, dengan diiringi doa, keazaman, disiplin yang tinggi serta usaha gigih, anda akan mencapai apa juga matlamat yang anda ingini dan impikan.
Ditulis oleh;
Taidin Suhaimin
"Ungkapan Motivasi Buang Sedikit Masa Untuk Menepatkan Matlamat, dan Jangan Sebab Tiada Matlamat Masa Anda Terbuang."

Wednesday, April 14, 2010
Tips Agar Fokus Semasa Bekerja
Hari ini saya ingin berkongsi informasi mengenai tips agar lebih fokus semasa bekerja.Dengan tips ini diharapkan dapat membuat diri anda lebih fokus terhadap sesuatu yang sedang dikerjakan :
- 1. Jauhi dari internet. Cuba abaikan kemudahan internet seperti Facebook, Twitter, email, instant messanging sewaktu bekerja.
- 2. Abaikan SMS. Boleh dikatakan kebanyakkan SMS yang diterima tidaklah terlalu penting dan boleh dibaca setelah selesai semua tugasan kerja.
- 3. Lakukan Satu Per Satu. Siapkan tugasan kerja anda satu per satu sehingga selesai, jangan dicampur-adukkan semua tugasan kerja anda.
- 4. Jauhi Masalah Peribadi. Memang diakui tidak mudah menghilangkan beban fikiran, apatah lagi bersangkutan dengan urusan peribadi.
- 5. Jangan Biarkan Perut Kosong. Seeloknya anda bersarapan terlebih dahulu sebelum mulakan kerja, tetapi jangan makan terlalu banyak dikhuatiri mengantuk sewaktu bekerja.
- 6. Usah Bercakap Perkara Yang Remeh. Seboleh-bolehnya elakkan dari bercakap (bergossip) tentang perkara yang tiada kaitan dengan kerja.
- 7. Tepatkan Tempoh Masa Di Dalam Setiap Tugasan Kerja. Biasanya anda akan lebih fokus kalau ada tempoh masa di dalam mengerjakan suatu tugasa kerja.
"Ungkapan Motivasi Orang yang terlalu cepat berputus asa seumpama dia telah menyediakan dirinya untuk mati sebelum mati."
Wednesday, April 7, 2010
Apa Itu Fokus?
Fokus yang dimaksudkan di sini adalah mencurahkan segala perhatian, fikiran dan energi terhadap sesuatu perkara pada tempoh masa yang tertentu. Manakala musuh utama fokus adalah gangguan.
Dalam hidup, banyak sekali hal-hal yang harus anda fikirkan dan lalui, tetapi belum tentu semuanya penting . Untuk itu anda perlu fokus kepada hal-hal yang benar-benar anda perlukan sahaja, iaitu yang boleh memberikan kebaikan pada diri anda, keluarga, masyarakat, negara dan agama.

"Ungkapan Motivasi Berusahalah dengan ikhlas tanpa memikirkan balasan, kerana semakin tinggi keikhlasan, semakin tinggilah balasan baik yang akan diperolehi dalam keadaan sedar atau tidak."
Sunday, March 28, 2010
Apa Itu Reiki?
Reiki, adalah bahasa Jepun (dieja “RAY-key”) bermaksud energi kehidupan alam semesta, atau energi Ilahi, dan dipercayai sistem penyembuhan ini awalnya berasal dari Tibet. Dikatakan bahwa praktik penyembuhan ini berasal dari naskah-naskah kuno ribuan tahun yang lalu. Naskah kuno yang diketahui telah berusia lebih dari 5,000 tahun.
Reiki bukanlah agama atau segala hal yang berhubungan dengan itu. Seni penyembuhan terdapat hampir di semua kebudayaan dan tradisi di seluruh dunia. Reiki adalah kesatuan dari semua konsep tersebut, yang sekarang telah dapat diterima di seluruh dunia.
Reiki mengajarkan kesatuan dan keharmonian. Reiki adalah keharmonian dengan alam dan dapat digunakan untuk membantu penyembuhan manusia, tumbuhan dan binatang, dan dapat juga membantu kemurnian dan keharmonian air dan udara. Reiki diperkenalkan pada awal abad 20 di Jepun oleh Dr Mikao Usui (15 August 1865 – 9 March 1926).
Sistem Reiki berkembang dan disebarkan dengan sistem penyelarasan atau attunement. (dalam bahasa Jepun, disebut Reiju, yang bermaksud menerima energi). Sekarang telah dipelajari jutaan orang diseluruh dunia.

Sunday, March 14, 2010
Minda Separa Sedar
Minda Separa Sedar
Minda Separa Sedar bertugas secara terlatih tanpa perlu berfikir serta merekodkan pengalaman seumur hidup.
Minda Separa Sedar juga dapat mencetuskan idea-idea baru yang hebat. Ia juga dapat menyembuhkan dan menghalang penyakit. Walaupun sedang tidur, Minda Separa Sedar mengawal aktiviti organ, tisu badan dan tahap mimpi.
Minda Separa Sedar berfungsi dengan cukup baik sekali ketika suasana tenang dan ketika kita sedang relaks. Pada ketika itu juga, Anda boleh mempengaruhi minda separa sedar dengan berimaginasi atau mengucapkan kata-kata pada diri (di dalam hati) dengan penuh bersahaja. Tanpa kita sedari, kehidupan kita dibentuk oleh apa yang kita fikirkan.
"Minda sedar hanya mengurus 12% dari aspek kehidupan kita. Manakala minda separa sedar (sub conscious mind) meliputi 88% dari aspek tersebut, contohnya pernafasan, degupan jantung, emosi, keberuntungan (luck) dan faktor-faktor yang tidak kelihatan."
Tuesday, March 9, 2010
Apa Itu Perniagaan Internet?
Apakah Itu Perniagaan Internet?
Dewasa ini ramai orang sudah menceburi bidang Perniagaan Internet. Apakah itu Perniagaan Internet? Secara mudahnya Perniagaan Internet adalah perniagaan yang dilakukan 100% melalui internet. Semua barangan akan dipromosikan di laman web ataupun blog.
Manakala pembayaran samada melalui Paypal (kad kredit) ataupun melalui Perbankan Internet seperti Maybank2u, CIMB Clicks dan bank-bank yang menyediakan perkhidmatan perbankan internet.
Dengan adanya laman web atau blog ini perniagaan anda beroperasi selama 24 jam sehari walaupun anda sedang tidur. Dengan bantuan kata kunci yang power maka kedudukan (ranking) laman web atau blog anda akan berada pada kedudukan yang teratas sekali. Dengan ini akan meningkatkan jumlah jualan daripada laman web atau blog anda.
Demikian serba ringkas penerangan mengenai Perniagaan Internet.
Subscribe to:
Posts (Atom)