FOLLOWERS

Monday, June 28, 2010

Software Tarikh Lahir

Ramai yang bertanya kepada saya bagaimana untuk mendapatkan software tarikh lahir? Atas permintaan ramai saya telah menyiapkan Software Tarikh Lahir V1.00

Harga promosi RM27.00 sahaja.

Terdapat 2 fungsi utama Software Tarikh Lahir V1.00 ini, iaitu ;
1 - Pengiraan Nombor Akar (Tarikh Lahir)

2 - Pengiraan Nombor Akar (Nama Anda)

Anda hanya perlu letakkan Nama Anda dan Tarikh Lahir Untuk tujuan pengiraan.

Software Tarikh Lahir ini akan ditingkatkan dari masa ke semasa, dan di dalam masa yang terdekat saya akan menyiapkan penggiraan Nombor Telefon pula.

Dapatkan sekarang Software Tarikh Lahir V1.00, dan nama anda akan dicetakkan pada software aplikasi tarikh lahir tersebut.

Monday, June 21, 2010

Selamat Hari Bapa

Selamat Hari Bapa kepada semua bapa-bapa di seluruh dunia. Kepada sesiapa yang masih mempunyai bapa, hargailah kehadirannya dan al-fatihah kepada semua arwah bapa-bapa terutamanya baba. Al-Fatihah

Monday, June 14, 2010

eBook EFT Kekayaan - Untuk Menarik Kekayaan, Kemewahan & Kemakmuran

Dapatkan eBook Terapi Emosi EFT - Untuk Menarik Kekayaan, Kemewahan dan Kemakmuran.

eBook Terapi Emosi EFT Kekayaan dengan harga promosi RM27.00 sahaja

Tuesday, June 1, 2010

101 Bisnes Dari Rumah

Junaidah Hamdan membongkarkan kepada anda semua 101 Bisnes Dari Rumah dengan cara penyampaian yang ringkas tapi cukup berkesan.

Saya akui, kita bukannya Dr Irfan Khairi yang mampu menjana ratusan ribu ringgit setiap bulan TETAPI anda harus fikirkan tidak semudah itu untuk Dr Irfan Khairi mendapat pulangan lumayan sekarang.  Setiap permulaan akan menghadapi pelbagai masalah. Masalah-masalah inilah yang akan memacukan kita ke hadapan.

Semestinya dengan ilmu yang anda ada, kemahiran yang ada, dengan peluang di depan mata, lihatlah persekitaran rumah kita, apa salahnya kita ambil masa dalam 10 minit merancang sesuatu untuk memberi peluang kita buat duit dari rumah. Jika tidak buat duit pun, paling kurang menampung minum pakai kita sepanjang tempoh mencari pekerjaan ini. Siapa tahu, anda mungkin jatuh cinta dengan bekerja sendiri.

Berikut 101 Jenis Bisnes dari Rumah :

1. Mak Andam
2. Pengangkutan Peribadi
3. Kelas Fardu Ain dan Etika
4. Tukang Jahit
5. Transit untuk Pelajar Sekolah
6. Pakar Rujuk Adat
7. Perancang Majlis
8. Perkhidmatan Hiasan Dalaman
9. Perunding Imej Peribadi
10. Perkhidmatan Fotografi
11. Pereka Grafik
12. Penulis Bebas Majalah
13. Instruktur Komputer
14. Wakil Jualan Barang-barang Antik
15. Perkhidmatan Pemandu Pelancong Tempatan
16. Ejen Perhubungan Awam
17. Penganalisis Peperiksaan
18. Penulis Resume
19. Perkhidmatan Perkeranian dan Kesetiausahaan
20. Ejen Perkhidmatan Sementara
21. Ejen Jualan Produk Masakan Berkelompok
22. Jualan Secara Penghantaran Terus
23. Wakil Jualan
24. Pakar Keibubapaan
25. Jagaan Harian Kanak-kanak
26. Perunding Pendidikan Kanak-Kanak
27. Perkhidmatan Sokongan Ibu Bersalin
28. Perabot untuk Kanak-kanak
29. Perkhidmatan Menghias Bilik Kanak-kanak
30. Cenderahati untuk Majlis Keraian
31. Aksesori dan Alat Tulis Kanak-kanak
32. Jagaan Harian Warga Emas
33. Tutor Bebas bagi Subjek Khusus
34. Pelbagai Produk Kerepek ataupun Keropok
35. Bungkusan Sarapan Pagi
36. Kelas Memasak
37. Produk Madu Berperisa
38. Kek Beraneka Corak dan Bentuk
39. Jeli dan Jem Berperisa Buah-buahan
40. Penyediaan Set Barbeku
41. Konsultan Makanan Seimbang
42. Penulis Bebas Kolum Pemakanan Seimbang
43. Tukang Masak Peribadi
44. Pakar Pemasaran di Internet
45. Perkhidmatan Pengiklanan di Internet
46. Pakar Runding Teknologi Maklumat
47. Laman Web ataupun Tapak Pengumpul Koleksi
48. Perkhidmatan Pembersihan Komputer
49. Perkhidmatan Penyenggaraan Komputer
50. Perkhidmatan Mengeluarkan Video
51. Pelatih Latihan Fizikal ataupun Aerobik
52. Perkhidmatan Penjagaan Selepas Operasi Perubatan
53. Ahli Terapi (Urutan Anggota Badan)
54. Kaunselor Homeopati
55. Konsultan Insurans Kesihatan
56. Pengajar CPR dan First Aids
57. Pengurusan Rekod Perubatan Secara Sistematik
58. Bisnes Bunga-bungaan
59. Sulaman dan Jahitan Manik
60. Kasut Mengikut Permintaan Pelanggan
61. Bisnes Baju-T
62. Mengeluarkan Produk Bakul
63. Kraf Tangan Seramik
64. Kraf Berasaskan Fabrik Renda
65. Galeri Lukisan dari Rumah
66. Kraf Tangan dan Pembekal Alat Jahitan
67. Kepingan Dinding Bercorak Kreatif
68. Kraf Berasaskan Logam
69. Kraf Tangan Kulit
70. Pemidang Hiasan
71. Jualan Sayuran dan Buah-buahan Segar
72. Pengeluaran Baja dan Tanah Gambut
73. Landskap Sayuran dan Buah-buahan
74. Seni Pengairan Landskap Taman
75. Pokok Penghias Pagar dan Pencahayaan Landskap
76. Landskap Dalaman
77. Kraf Tangan Landskap
78. Penjagaan Binatang Kesayangan
79. Penternak Lembu dan Kambing
80. Perunding Tabiat Binatang Peliharaan
81. Produk ataupun Perkhidmatan Istimewa untuk Binatang
82. Perkhidmatan Pembersihan Rumah
83. Perkhidmatan Pembersihan Premis Perniagaan
84. Pembersihan Karpet
85. Mengecat Rumah
86. Perkhidmatan Kertas Dinding
87. Pengurusan Kelab Peminat
89. Penganjuran Lawatan ke Zoo dan Aktiviti Berkaitan
90. Pertunjukan Aktiviti Sains
91. Penulisan Komedi
92. Persembahan TV dan Radio
93. Perunding Sumber Manusia
94. Khidmat Penyusunan Semula Organisasi
95. Pentadbiran Bisnes
96. Pakar Penyelidik Pelanggan
97. Pangkalan Data Perhubungan Pelanggan
98. Agensi Pengiklanan
99. Perkhidmatan Pengiklanan Melalui Kupon dan Surat-Menyurat
100. Perkhidmatan sebagai Pengarah Eksekutif
101. Pakar Pengurusan Masa


Apa pendapat anda? Bisnes dari rumah yang manakah yang paling sesuai untuk anda menjana sumber kewangan baru?

Friday, May 21, 2010

Fenomena Tarikh Lahir

Tarikh Lahir kini menjadi satu fenomena baru di Malaysia. Ramai yang telah menghadiri pelbagai kursus tarikh lahir yang diadakan oleh ramai tenaga pengajar ataupun mentor. Kini semakin ramai pakar motivasi menggunakan kaedah Sains Metafizik ini di dalam sesi ceramah untuk mengcungkil potensi diri peserta.

Sebagai contoh, seorang pelajar boleh menggetahui kecenderungan, bidang ataupun potensi dirinya dengan menggunakan pengiraan tarikh lahir. Pelajar tersebut boleh menumpukan kepada bidang yang ingin beliau ikuti semasa menyambung pelajaran di universiti.

Kaedah Tarikh Lahir ini juga boleh digunakan di dalam mencari rakan kongsi perniagaan. Sebenarnya banyak lagi yang boleh diketahui dengan menggunakan pengiraan tarikh lahir ini.

Sunday, May 16, 2010

Selamat Hari Guru

Selamat Hari Guru kepada semua guru di Malaysia, khususnya guru-guru yang pernah mendidik dan mengajar saya. Saya sentiasa mendoakan semua guru supaya berada di dalam keadaan baik, sihat sejahtera selalu.

Sentiasa berdoa kepada semua guru terutama arwah guru kita. Amin

Sunday, May 9, 2010

Selamat Hari Ibu

Selamat Hari Ibu kepada semua ibu-ibu, terutamanya kepada mama, emak dan isteri tercinta. Hayati lirik yang ditulis oleh allahyarham Tan Sri P. Ramlee, iaitu lagu IBU
Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Bila ku berduka
Engkau hiburkan selalu


Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Tempat menyatakan kasih
Wahai ibu


Betapa tidak hanya engkaulah
Yang menyniari hidupku
Sepanjang masa engkau berkorban
Tidak putusnya bagai air lalu


Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Tempatku menyerahkan kasih
Wahai ibu

Wednesday, April 28, 2010

Minda Separa Sedar dan Sembang Reiki Ditutup Sementara

Saya akan menghentikan sementara penulisan tentang Minda Separa Sedar, Sembang Reiki disepanjang bulan April 2010 untuk memberi laluan kepada Teknik SEO. Tujuan saya adalah untuk mendapat ranking tertinggi di dalam semua search engine untuk keyword seperti bisnes Vemma, produk Vemma dan Vemma Malaysia.

Maaf atas kesulitan.

Wednesday, April 21, 2010

7 Langkah Untuk Mencapai Matlamat dan Kejayaan

"Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang." - Cecil B. DeMille

Artikel motivasi ini menjelaskan langkah-langkah, cara-cara, kaedah-kaedah, strategi-strategi, teknik-teknik, tip-tip, panduan-panduan atau rahsia-rahsia mencapai matlamat dan kejayaan yang anda inginkan.

Untuk mencapai matlamat anda dan berjaya dalam kehidupan, anda mestilah membina suatu kebiasaan berdasarkan langkah-langkah yang telah terbukti keberkesanannya seperti berikut:

1. Wujudkan Keinginan Anda Sebesar Mungkin.
Keinginan tersebut mestilah yang benar-benar anda idamkan. Bagaimana menyemarakkan keinginan anda? Duduk dan tulis semua keinginan anda. Nyatakan faedah-faedah dan kebaikan-kebaikan mencapai segala keinginan anda itu. Fikir dan tulislah sepuas-puasnya. Apabila senarai anda menjangkau 50 hingga 100, suatu bentuk perasaan atau semangat pada diri anda akan timbul. Teruskan. Anda akan mula menjadi lebih bersemangat. Jika anda terus menulis dan menghayati segala matlamat anda itu, semangat anda akan bertambah menyala, berapi-api! InsyaAllah.

2. Tuliskan Matlamat-Matlamat Anda.
Tulis matlamat-matlamat anda di atas sehelai kertas. Jika anda tidak tulis, ia hanya akan menjadi angan-angan sahaja. Salinkannya ke dalam Buku Matlamat anda. Ini PENTING, kerana dengan berbuat demikian, ia akan menjadi perkara yang penting bagi anda. Dengan berbuat demikian juga, ia akan mula meresap ke dalam minda separa sedar anda.

3. Tetapkan Tempoh dan Bila Anda Akan Mencapai Matlamat Anda.
Kaji tahap atau kedudukan anda sekarang berbanding dengan apa yang anda inginkan. Kira dan tentukan berapa banyak masa yang anda perlukan untuk mencapai matlamat anda itu. TETAPKAN bila matlamat tersebut mesti anda capai.

4. Buat Perancangan.
Rancangkan tindakan-tindakan anda. Senaraikan semua aktiviti mengikut susunan keutamaannya. Perbaiki senarai anda; optimumkannya, sempurnakannya.

5. Gambarkan Kejayaan Pada Minda Anda.
Letakkan suatu Studio Filem di minda anda! Bayangkan satu GAMBARAN MENTAL yang anda telah berjaya mencapainya. Buat imej minda yang jelas dan terang pada mata minda anda. Mainkan gambaran itu berulang-ulang – berkali-kali di fikiran anda. Ingatlah bahawa: "Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang." - Cecil B. DeMille.

6. Tangani Halangan.
1) Kenalpastikan halangan-halangan yang perlu anda atasi.
2) Tumpukan kepada usaha mendapat bantuan; bantuan yang anda akan perlukan untuk mencapai matlamat anda - misalnya pengetahuan, pakar-pakar, penasihat-penasihat atau badan-badan tertentu. adalah hasil dari fikirannya. Apa yang dia fikir, itulah yang dia akan menjadi".

7. Baki 90% Adalah Usaha dan Keazaman Anda
Sokong rancangan anda dengan KEAZAMAN (Resolve) dan SEMANGAT TIDAK MENGENAL PUTUS ASA (Persistence). Tekadkan semangat. Tumpukan kepada kejayaan. Fokuskan segala perhatian dan tenaga anda untuk mencapai segala matlamat anda pada waktu yang anda sendiri tetapkan. Bulatkan hati dan fikiran. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap sebarang cabaran. Lakukanlah tindakan-tindakan proaktif dan produktif.

InsyaAllah, dengan diiringi doa, keazaman, disiplin yang tinggi serta usaha gigih, anda akan mencapai apa juga matlamat yang anda ingini dan impikan.

Ditulis oleh;
Taidin Suhaimin


"Ungkapan Motivasi Buang Sedikit Masa Untuk Menepatkan Matlamat, dan Jangan Sebab Tiada Matlamat Masa Anda Terbuang."

Wednesday, April 14, 2010

Tips Agar Fokus Semasa Bekerja

Hari ini saya ingin berkongsi informasi mengenai tips agar lebih fokus semasa bekerja.Dengan tips ini diharapkan dapat membuat diri anda lebih fokus terhadap sesuatu yang sedang dikerjakan :
    1. Jauhi dari internet. Cuba abaikan kemudahan internet seperti Facebook, Twitter, email, instant messanging sewaktu bekerja.  
    2. Abaikan SMS. Boleh dikatakan kebanyakkan SMS yang diterima tidaklah terlalu penting dan boleh dibaca setelah selesai semua tugasan kerja.  
    3. Lakukan Satu Per Satu. Siapkan tugasan kerja anda satu per satu sehingga selesai, jangan dicampur-adukkan semua tugasan kerja anda.  
    4. Jauhi Masalah Peribadi. Memang diakui tidak mudah menghilangkan beban fikiran, apatah lagi bersangkutan dengan urusan peribadi.  
    5. Jangan Biarkan Perut Kosong. Seeloknya anda bersarapan terlebih dahulu sebelum mulakan kerja, tetapi jangan makan terlalu banyak dikhuatiri mengantuk sewaktu bekerja.  
    6. Usah Bercakap Perkara Yang Remeh. Seboleh-bolehnya elakkan dari bercakap (bergossip) tentang perkara yang tiada kaitan dengan kerja.  
    7. Tepatkan Tempoh Masa Di Dalam Setiap Tugasan Kerja. Biasanya anda akan lebih fokus kalau ada tempoh masa di dalam mengerjakan suatu tugasa kerja.
Mudah-mudahan tips di atas bermanfaat untuk anda terapkan semasa bekerja supaya lebih fokus, mudah-mudahan anda menjadi lebih produktif. Kalau anda lebih produktif, mudah-mudahan anda menjadi lebih bermanfaat bagi orang-orang di sekitar anda.
"Ungkapan Motivasi Orang yang terlalu cepat berputus asa seumpama dia telah menyediakan dirinya untuk mati sebelum mati."