FOLLOWERS

Tuesday, September 28, 2010

Sentiasa Bersyukur

Alhamdulillah ......

Alhamdulillah kita ucapkan setiap kali kita berterima kasih kepada Allah s.w.t. Itulah ucapan oleh seorang yang bersyukur kepada setiap pemberian yang diterimanya.

Dengan bersyukur ini kita dapat membuang sikap angkuh dan sombong di dalam diri kita dan akan melahirkan sifat rendah diri, sebab itulah kita dianjurkan supaya sentiasa mensyukuri setiap pemberian Allah s.w.t.

Apabila kita mampu menghayati konsep bersyukur kepada Allah s.w.t. dengan sebenar-benarnya, maka barulah timbul rasa keinsafan, tolak ansur dan keprihatinan kepada nasib dan masa depan kita sebagai individu Muslim, keluarga dan umat.
Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud;
“Sesungguhnya, jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu.”
Surah Ibrahim, ayat 14
Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud;
”… berterima kasih kepadaKu dan kepada kedua orang tuamu.”
Surah Luqman, ayat 14

Syukur Alhamdulillah atas nikmat rezeki, kehidupan, anggota badan dan sebagainya yang Kau berikan kepada ku, Ya Allah. Alhamdulillah

Tuesday, September 14, 2010

Rahsia Tarikh Lahir Boleh Meramal Nasib?

Berikut adalah luahan Dr Azizan Osman apabila ditanya mengenai Rahsia Tarikh Lahir yang dianggap sesetengah pihak sebagai Peramal Nasib Manusia.
"Rahsia Tarikh Lahir (Kajian Sains Tingkah Laku Manusia) tidak ada kena mengena dengan meramal nasib ataupun menilik nasib. Ia adalah Kajian Sains Tingkah Laku Manusia untuk mengenali watak, kekuatan, kelemahan, potensi dan bakat seseorang"

Apakah perwatakan, kekuatan, kelemahan, potensi diri dan bakat anda berdasarkan daripada tarikh lahir?

Gunakan kekuatan anda untuk memaju diri, keluarga dan perniagaan ......

Perbaiki kelemahan untuk mempertingkatkan dan memantapkan jati diri ......

Serta gunakan potensi diri anda untuk meraih semua kejayaan dan kekayaan yang sudah berada di depan mata ......

Terima kasih kepada Dr Azizan Osman di atas penjelasan beliau.

Saturday, August 21, 2010

Rahsia Solat Istikharah – Membantu Dalam Membuat Keputusan Tepat

Solat Istikharah

Jika anda ingin membuat sesuatu keputusan dengan tepat, maka bersolatlah dengan solat sunat Istikharah.

Saturday, August 14, 2010

Cara Fokus Ketika Tiada Wang

Cara Fokus Ketika Tiada Wang

Bagaimana Untuk Memulakan Perniagaan Internet?

Ramai di antara kita ingin memulakan perniagaan internet, tetapi tidak tahu bagaimana untuk memulakan perniagaan secara online ataupun sering kali dipanggil perniagaan internet. Di sini saya ingin berkongsi dengan anda semua bagaimana anda boleh memulakan perniagaan internet anda dengan ringkas.

Langkah #1 : Produk
Semestinya anda ada produk ataupun perkhidmatan untuk dijual.

Langkah #2 : Tapak Jualan
Dalam dunia internet, laman web merupakan kedai anda. Anda MESTI ada laman web untuk memulakan perniagaan internet. Seboleh-bolehnya anda MESTI mempunyai domain name sendiri untuk menunjuk kekuatan produk atau perkhidmatan yang hendak dijual. Elakkan guna web ataupun blog percuma untuk meningkatkan kredibiliti anda.

Langkah #3 : Kaedah Pembayaran
Di internet terdapat ramai pengguna yang biasa menggunakan kad kredit untuk setiap pembelian. Namun pembayaran secara bank in, cek, wang pos juga harus disediakan. kepada mereka yang tidak memiliki kad kredit.

Langkah #4 : Promosi
Anda perlu melakukan promosi perniagaan internet anda secara bijak, Terdapat pelbagai teknik promosi perniagaan online, samada berbayar (seperti Adwords, Adbrite, Facebook dsb) serta yang percuma. Promosi adalah aktiviti yang paling penting dalam menentukan kejayaan perniagaan internet.

Saya akan berkongsi secara lebih mendalam bagi setiap langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk memulakan perniagaan internet di dalam artikel seterusnya.

Saturday, August 7, 2010

Cara Ringkas Pengiraan Tarikh Lahir

Dengan Tarikh Lahir, Bulan dan Tahun seseorang itu dilahirkan dan dengan penggunaan metodologi pengenalan diri serta menjumlahkan kesemuan nombor kepada satu angka (Kaedah Pengiraan Greek) seseorang boleh dikenali.

Seperti yang diketahui, Tarikh Lahir akan menjelaskan perwatakan, kekuatan (kebolehan), kelemahan, kerjaya dan perniagaan yang sesuai, kerjaya dan perniagaan yang tidak sesuai, potensi diri, kesihatan dan banyak lagi. Untuk mengetahui nombor lahir kita, kita boleh mencampurkan nombor-nombor Tarikh Lahir kita sehingga ianya menjadi satu nombor tunggal (satu digit).
Cara pengiraan ringkas yang mudah diikuti, contoh tarikh lahir pada 21 Julai 2004

1. Campurkan semua nombor yang terdapat dalam tarikh lahir;
21 + 7 + 2004 = 2032

2. Kemudian campurkan hasil yang diperolehi sehingga tinggal 1 digit;
2 + 0 + 3 + 2 = 7

Jadi 7 adalah Nombor Akar anda. Ikuti siri seterusnya untuk mengetahui maksud nombor 7.

Wednesday, July 28, 2010

eBook Rahsia Tarikh Lahir

Berminat dengan Rahsia Tarikh Lahir?

Dapatkan eBook Rahsia Tarikh Lahir dengan harga promosi di Blog Rahsia Tarikh Lahir.

Blog Rahsia Tarikh Lahir ni tengah buat promosi, jika anda beli ebook Tarikh Lahir (RM60.00) PERCUMA Laporan Lengkap Tarikh Lahir.

Kira ok la dengan nilai pelaburan RM60.00 tu.

Mana nak dapat kat tempat lain.

Wednesday, July 21, 2010

Kisah Semut Di Dalam Al Quran


Allah mengabadikan kisah semut di dalam Al Quran, istimewanya Allah menamakan satu surah dengan di dalam kitab suciNya dengan nama An Naml iaitu semut. Kisah tersebut diceritakan Allah dalam Ayat 18 dan 19 dalam surah ini.
Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud;
"(Maralah angkatan itu) hingga apabila mereka sampai ke "Waadin-Naml", berkatalah seekor semut: "Wahai sekalian semut, masuklah ke sarang kamu masing-masing, jangan Sulaiman dan tenteranya memijak serta membinasakan kamu, sedang mereka tidak menyedari".
(Surah An-Naml, ayat 18)
Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud;
"Maka tersenyumlah Nabi Sulaiman mendengar kata-kata semut itu, dan berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan masukkanlah daku - dengan limpah rahmatMu - dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh".
(Surah An-Naml, ayat 19)
Istimewanya Makhluk Allah Ini.

Cuba perhatikan kehidupan masyarakat semut.Teknologi, kerja gotong-royong, strategi ketenteraan, jaringan komunikasi yang maju, hierarki yang rasional dan cerdik, disiplin, perencanaan kota yang sempurna dan pelbagai ciri lain yang amat istimewa untuk di ambil.

Keajaiban dan Fakta Menarik Tentang Semut.
    1. Semut mempunyai 500.000 sel saraf yang termuat dalam 2 atau 3 milimeter tubuh mereka. (Harun Yahya) 
    2. Semut berkomunikasi dengan isyarat kimiawi iaitu semiokemikal zat kimia yang digunakan semut untuk tujuan menetapkan komunikasi. 
    3. Semut yang paling berbahaya adalah semut bulldog hitam dari Australia, bisanya mampu membunuh manusia. 
    4. Haiwan yang paling banyak di muka bumi adalah semut. Nisbahnya adalah satu juta bagi setiap orang.

Wednesday, July 14, 2010

Perkhidmatan Membangunkan Laman Web / Blog

Hari ini saya ingin berkongsi salah satu perniagaan internet yang saya ceburi iaitu, pembangunan laman web / blog.

Saya menyediakan perkhidmatan untuk membangunkan laman web / blog ataupun juga dikenali sebagai landing page pada harga yang berpatutan yang boleh dikatakan murah.

Terdapat pelbagai pilihan rekabentuk laman web / blog yang terkini yang disulami grafik yang menarik. Saya yakin dengan harga yang ditawarkan ini maka ramai lagi usahawan-usahawan internet akan muncul di seluruh Malaysia.

Saya menggalakkan semua bakal usahawan internet supaya memiliki laman web / blog untuk mempromosi produk, perniagaan seperti Program Affifliate, MLM, eBook, Produk Kesihatan dan pelbagai perniagaan lain.
Pakej Laman Web - (RM 600.00)
+ pelbagai rekabentuk
+ unlimited email
+ PERCUMA domain nameselama setahun
+ PERCUMA hosting selama setahun
+ PERCUMA SEO (penting untuk carian di search engine)
+ grafik yang menarik
+ siap antara 3 - 4 hari bekerja
+ pembayaran selepas siap
Pakej Blog - (RM 250.00)
+ rekabentuk terkini
+ unlimited email
+ PERCUMA domain name selama setahun
+ PERCUMA hosting selama setahun
+ PERCUMA SEO (penting untuk carian di search engine)
+ grafik yang menarik
+ siap antara 1 - 2 hari bekerja
+ pembayaran selepas siap