FOLLOWERS

Monday, May 16, 2011

Selamat Hari Guru

Setiap tahun para warga pendidik akan menyambut Sambutan Hari Guru pada 16 Mei. Pada tahun ini, temanya adalah Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara.

Jika dilihat pada tema ini secara halus, maka nampak dengan jelas bahawa tugas guru semakin mencabar. Kerana sebagai penjana transformasi (perubahan) pendidikan negara, para pendidik perlu memikul semua perancangan pendidikan yang telah dirancang oleh kerajaan. Dalam erti kata lain, apa sahaja perancangan yang telah dirancang oleh kerajaan sebagai pembuat dasar perlu dilaksanakan dengan sebegitu sempurna agar apa yang tersirat dalam tema Hari Guru pada tahun ini dapat dicapai.

Perlaksanaan KSSR, SPPK dan MBMMBI perlulah mengikut acuan yang telah ditetapkan oleh kerajaan agar transformasi pendidikan yang diingin dapat dicapai. Begitu juga dengan penggunaan IT (teknologi maklumat) dan ICT (teknologi maklumat dan komunikasi), para pendidik perlulah menguasainya agar matlamat untuk mentransformasikan pendidikan negara tercapai.

Dalam hal ini, jati diri para pendidik haruslah tinggi agar dapat mengikut rentak yang dirancang oleh kerajaan dalam bidang pendidikan.

Tapi dalam hal ini (transformasi pendidikan), saya percaya para guru sememangnya sudah bersedia.

Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru di Malaysia, khususnya kepada guru yang pernah mengajar saya. Terima kasih atas didikan guru semua.

Mari kita sedekah surah al Fatihah kepada guru-guru kita, al Fatihah.

Sunday, May 8, 2011

Selamat Hari Ibu

Hari Ibu yang disambut setiap tahun pada hari Ahad minggu kedua bulan Mei khas untuk ibu-ibu di seluruh dunia.

Terima kasih Mama kerana bepenat lelah membesarkan kami.

Terima kasih Mama kerana menjaga sewaktu kami sakit.

Terima kasih Mama kerana tidak jemu melayan kerenah kami.

Terima kasih Mama kerana mendidik kami menjadi insan sempurna.


Terima kasih Mama atas segala jasamu yang tidak terbalas oleh kami semua.

Hanya doa & amal jariah yang boleh kami titipkan untuk Mama.

"Ya Allah Engkau tempatkanlah ibu kami bersama-sama hambamu yang beriman. Amin.... Amin.... Ya Rabal 'alamin."


Selamat Hari Ibu kepada semua ibu-ibu.

Sunday, May 1, 2011

Pekerja Merealisasi Transformasi Negara

Kepada semua, Selamat Menyambut Hari Pekerja!!!

"Pekerja Merealisasi Transformasi Negara" begitulah tema sambutan Hari Pekerja bagi tahun 2011. Hari Pekerja mula diiktiraf kerajaan pada 1973 apabila ia mengisytiharkan 1 Mei setiap tahun sebagai cuti umum.

Di dalam Islam pun menyarankan supaya kita semua bekerja seolah-olah kita akan hidup 1000 tahun. Bekerja itu adalah ibadah dan kita akan dianugerahkan pahala, insya Allah. Bekerjalah dengan ikhlas walau apa pun pekerjaan kita.

Perhimpunan Hari Pekerja pada tahun 2011 ini akan diadakan pada 7 Mei 2011 dan bertempat di Stadium Putra, Bukit Jalil Kuala Lumpur yang disertai pekerja sektor awam dan swasta juga bertujuan mengeratkan hubungan kerjasama antara pihak kerajaan, majikan dan pekerja.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah bersetuju untuk menyampaikan amanat khas pada perhimpunan berkenaan.

Thursday, April 21, 2011

Motivasi Pembakar Semangat Diri

Mulai hari ini, saya akan cuba menulis Motivasi Harian sebagai pembakar semangat kita setiap hari. Motivasi Harian ini kemungkinan adalah kisah kejayaan, kata-kata motivasi dari pemimpin dan orang-orang yang telah berjaya di dalam kerjaya mereka. Motivasi amat penting di dalam diri kita sebagai batu loncatan, pembakar semangat, melipat kali gandakan usaha untuk mencapai kejayaan.

Apa Itu Motivasi?
Secara ringkasnya Motivasi ialah suatu proses untuk menggalakkan sesuatu tingkah laku supaya dapat mencapai matlamat-matlamat yang tertentu.
"Ungkapan Motivasi Sebagai Pembakar Semangat Diri Untuk Transformasi Menggapai Kejayaan dan Kekayaan."

Sunday, April 17, 2011

Senyum Itu Sedekah

Rasulullah SAW bersabda,
“Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramar makruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya juga sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga sedekah.”

(HR Tirmizi dan Abu Dzar)

Sedekah bukan sahaja dengan wang ringgit, malah juga dengan senyuman kita juga boleh buat sedekah.

Lagipun dengan senyuman, kita dapat menarik lebih ramai kenalan (untuk networking). Jadi mulai hari ini maka senyumlah kita dengan sesiapapun yang kita temui.

Dalam hadis lain disebutkan bahawa senyum itu ibadah,
“Tersenyum ketika bertemu saudaramu adalah ibadah.”

(Hadis Riwayat Trimidzi, Ibnu Hibban, dan Baihaqi)

Sesungguhnya Islam Itu Mudah, tetapi JANGAN ambil mudah.

Thursday, April 14, 2011

Solat Jemaah Dari Aspek Sains

Seorang professor fizik di Amerika Syarikat (AS) membuat satu kajian kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Berdasarkan kajiannya, tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik, iaitu cas positif dan cas negatif. Dalam aktiviti harian kita, sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan.

Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita. Ketidakseimbangan cas dalam badan, menyebabkan kita berasa letih dan lesu selepas melakukan kegiatan seharian.

Oleh itu, cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal.

Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan dalam minda beliau, mengapa Islam mensyariatkan solat berjemaah dan mengapa solat lima waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama.

Hasil kajiannya mendapati, bilangan rakaat berbeza dalam solat bertindak menyeimbangkan cas dalam badan kita. Ketika solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki. Tindakan yang dianjurkan ketika solat berjemaah itu mempunyai pelbagai kelebihan.

Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan di kanan kita, akan menstabilkan kembali cas yang diperlukan oleh tubuh. Ia berlaku apabila cas yang berlebihan – sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam tubuh kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.

Beliau berkata, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan berasa segar dan sihat selepas berehat beberapa jam. Ketika ini tubuh kita mengandungi cas positif dan negatif yang hampir seimbang. Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas supaya keseimbangan tubuh badan yang penuh dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan dua rakaat.

Seterusnya, selepas sehari kita bekerja kuat dan memerah otak, semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh badan yang sudah digunakan.

Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas. Solat jemaah yang disyariatkan Islam berperanan memulihkan keseimbangan cas berkenaan. Sebab itu, solat Zuhur didirikan empat rakaat untuk memberi ruang lebih kepada proses pertukaran cas di dalam tubuh.

Keadaan sama turut berlaku pada sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas. Ia menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak.

Seperti solat Zuhur, empat rakaat solat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.

Lazimnya, selepas waktu Asar, kita tidak lagi melakukan aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama. Maka, solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak tiga rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yang kurang berbanding dua waktu sebelumnya.

Timbul persoalan dalam fikiran profesor itu mengenai solat Isyak yang dikerjakan sebanyak empat rakaat. Secara logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak melakukan kegiatan dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak.

Selepas kajian lanjut dilakukan , didapati ada keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan empat rakaat di dalam solat Isyak. Kita sedia maklum, umat Islam digalakkan tidur awal supaya mampu bangun untuk menunaikan tahajud (sembahyang malam) pada sepertiga malam.

Ringkasnya, solat Isyak sebanyak empat rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun pada waktu malam untuk beribadat (qiamullail).

Dalam kajiannya, beliau mendapati bahawa Islam adalah agama yang lengkap dan istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah itu mempunyai hikmah yang tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri.

Beliau berasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam semesta ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk agama Islam.

Petikan Berita Harian 13 Jan 2007
Oleh Wan Marzuki Wan Ramli

Monday, March 14, 2011

Software Lengkap Rahsia Tarikh Lahir



Kini telah siap sepenuhnya Software Rahsia Tarikh Lahir yang boleh mencetak Laporan Tarikh Lahir sehingga 33 mukasurat melalui MS Word.

Software ini amat sesuai kepada para Motivator, Kaunselor, Penceramah dan Peminat Tarikh Lahir. Software Percuma Tarikh Lahir, boleh menjana laporan dengan pantas dan tepat dalam masa kurang 10 saat.

Jika anda berminat sila hubungi kami untuk mendapatkan harga istimewa kepada 10 pembeli pertama.

Monday, March 7, 2011

Rebut Lima Perkara Sebelum Datang Lima Perkara Datang

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud,
“Rebut lima perkara sebelum datang lima perkara. Masa sihat sebelum sakit, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sibuk, muda sebelum tua dan hidup sebelum mati.”

(Hadis riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi)

Janganlah lagi kita bertangguh-tangguh untuk melakukan perubahan dan kebaikan sebelum datang 5 perkara yang kita sendiri tidak tahu akan kedatangannya.

Semasa kita SIHAT ini, maka perbanyakkanlah melakukan ibadah dan kebaikan semasa manusia, ringankan tulang kita untuk membantu saudara-mara, jiran tetangga, kawan-kawan dan sebagainya.

Semasa kita KAYA ini, maka perbanyakkanlah melakukan sedekah, amal jariah, membantu orang yang memerlukannya. Janganlah pulak bila dah tak berharta baru pasang  niat nak bagi duit kat mak bapak

Semasa kita LAPANG ini, maka rajin-rajinlah menjenguk masjid dan surau, menjenguk ibubapa, menjenguk saudara mara, al maklumlah kita ni kalau dah sibuk mengalah Presiden Amerika.

Semasa kita MUDA ini, maka perbanyakkanlah usaha ke arah untuk memperbaiki diri, keluarga ke arah kebaikan, maklum saja lah energi pada tahap yang maksima, bila dah bertongkat nanti ...

Semasa kita HIDUP ini, maka perbanyakkanlah membuat amal kebaikan, sedekah, amal jariah sebagai bekalan hidup kita di akhirat nanti.

Monday, February 21, 2011

Istimewanya Wanita

1. Doa wanita lebih maqbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulallah s.a.w. akan hal tersebut, jawab baginda : "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 orang lelaki yang tidak soleh.

3. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

4. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.

5. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t. akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

6. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedakah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail a.s.

7. Tidaklah seorang wanita yang haid itu, kecuali haidnya merupakan kifarat (tebusan) untuk dosa-dosanya yang telah lalu, dan apabila pada hari pertama haidnya membaca "Alhamdulillahi'alaa Kulli Halin Wa Astaghfirullah Segala puji bagi Allah dalam segala keadaan dan aku mohon ampun kepada Allah dari segala dosa." ; maka Allah menetapkan dia bebas dari neraka dan dengan mudah melalui shiratul mustaqim yang aman dari seksa, bahkan AllahTa'ala mengangkatnya ke atas darjat, seperti darjatnya 40 orang mati syahid, apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama haidnya.

8. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah s.a.w.) di dalam syurga.

9. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ehsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa taqwa serta bertanggung jawab, maka baginya adala syurga.

10. Daripada Aisyah r.ha. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."