FOLLOWERS

Thursday, July 21, 2011

Terapi Reiki Sebagai Penyembuhan Alternatif

Tidak dapat disangkal lagi penyembuhan alternatif mulai dicari dan digunakan sebagai penyembuhan alternatif disamping penyembuhan kedoktoran.

Penyembuhan Alternatif ataupun juga dikemali sebagai Rawatan Alternatif seperti Akupuntur, Tenaga Prana, Chikung, Tai Chi, Reiki, Meditasi, Olah Pernafasan sudah terbukti dapat menjaga kesihatan dan menyembuhkan penyakit di dalam badan.

Terapi Reiki adalah satu daripada penyembuhan alternatif yang dapat merawat dan menyembuhkan pesakit melalui aliran energi yang disalurkan melalui tapak tangan perawat kepada pesakit. Energi Reiki akan mengalir ke tempat yang sakit secara automatik untuk mengimbangi energi yang sedia ada.

Pesakit kemungkinan akan terasa seperti semut-semut akibat daripada aliran energi. Pengaliran Energi Reiki hanya mengambil masa kurang dari 5 minit sahaja.

Thursday, July 14, 2011

Matlamat Disusuli Dengan Tindakan Serta Disiplin Membuahkan Kejayaan

Menetapkan matlamat amat mudah, terutamanya ketika membuat azam tahun baru. Ramai yang menetapkan matlamat serta azam baru. Menetapkan matlamat merupakan suatu perkara yang baik. Akan tetapi, menetapkan matlamat sahaja tidak dapat menjamin kejayaan seseorang.

Lihatlah bilangan orang yang menetapkan matlamat mereka dan bilangan yang berjaya mencapai matlamat tersebut. Menetapkan MATLAMAT sahaja tanpa disusuli oleh TINDAKAN yang wajar serta DISIPLIN yang kukuh adalah tidak berguna.

Untuk mencapai matlamat anda, anda perlu berdisiplin untuk melakukan apa yang perlu, bukan untuk sehari dua, tetapi untuk satu jangka masa yang tertentu sehingga matlamat anda tercapai.

Jika anda tidak menyuap matlamat anda dengan tindakan yang bijak serta disiplin yang kuat, matlamat anda hanya akan kekal sebagai matlamat sahaja dan pada tahun depan, kehidupan anda masih kekal tidak berubah.

Formula Kejayaan ini adalah seperti berikut:

Matlamat + Tindakan + Disiplin = KEJAYAAN

Formula ini bukan hanya digunakan dalam perniagaan sahaja tetapi untuk apa-apa sahaja matlamat yang anda tentukan.

Lihat artikel tentang Kepentingan Menulis Matlamat.
"Ungkapan Motivasi Demi Masa! Sesungguhnya Manusia Itu Benar-Benar Dalam Kerugian Kecuali Orang-Orang Yang Beriman dan Mengerjakan Amal Soleh dan Nasihat Menasihati Supaya Mentaati Kebenaran dan Nasihat Menasihati Supaya Menetapi Kesabaran."

Thursday, July 7, 2011

Kepentingan Fokus

Fokus adalah amat penting kerana kita perlu memberi sepenuh tumpuan  tenaga, usaha & kesungguhan kita kepada sesuatu. Dengan memberi lebih fokus terhadap sesuatu perkara yang sedang kita lakukan maka usaha tersebut akan berlipat kali ganda kesannya.

Analoginya seperti kita gunakan kanta pembesar untuk menumpukan cahaya matahari kepada satu titik fokus. Apa yang terjadi? Akibat daripada tumpuan fokus kanta pembesar akan membuatkan kepanasan cahaya matahari berganda sehingga boleh menyebabkannya terbakar.

Dengan memberi tumpuan tenaga, usaha dan kesungguhan kita pada satu titik fokus, hidup kita akan berjaya mencapai apa yang dimatlamatkan dengan lebih cepat dan mudah.
"Ungkapan Motivasi Tinggalkanlah kesenangan yang menghalangi pencapaian kecemerlangan hidup yang diidamkan. Dan berhati-hatilah, kerana beberapa kesenangan adalah cara gembira menuju kegagalan. - Mario Teguh"

Tuesday, June 28, 2011

Seminar Tarikh Lahir

Kursus Rahsia Tarikh Lahir.

Terbuka kepada semua yang berminat untuk mendalami ilmu Sains Metafizik, sesuai untuk semua peringkat umur dan agama.

Tarikh : 9 Julai 2011
Masa : 10.10 pagi - selesai
Penyertaan : 10 7 4 orang
Yuran : RM450.00 RM290.00
Tempat : Kompleks Kejiranan Presint 9, Putrajaya


Siapa yang Patut Hadir Kursus Ini?

Sudut Perniagaan :
1 - Ketua-ketua Jabatan Sumber Manusia, supaya mereka dapat mengenalpasti kakitangan yang bagus, berpotensi dan paling sesuai bagi sesuatu jawatan dan mengetahui samada seseorang kakitangan itu berkeperibadian jujur atau luhur. Ia amat bermanfaat untuk sesebuah syarikat.
2 - Sesiapa yang terlibat di dalam perniagaan, sekurang-kurangnya mereka dapat mengetahui individu-individu yang patut mereka berurusan dalam perniagaan. Mereka juga seharusnya mengetahui hala tuju syarikat mereka.
3 - Majikan, supaya dapat mengenali perwatakan kakitangan mereka serta ketulusan rakan kongsi perniagaan.

Pencapaian Peribadi :
1 - Mengetahui siapakah sahabat anda.
2 - Mengetahui masa yang sesuai untuk menggunakan peluang - kekayaan.
3 - Mengetahui takdir orang yang dikasihi dan membimbing mereka sejak kecil.
4 - Mengetahui bagaimana untuk memilih pasangan hidup yang ideal.
5 - Mengetahui apakah penyakit-penyakit yang bakal dihidapi.
6 - Mengetahui hala tuju terbaik dan sektor kekayaan anda.

Perhubungan :
1 - Mengetahui sekiranya wujud 2 perkahwinan di dalam kehidupan dan mengambil langkah kawalan.
2 - Mengetahui ekiranya terdapat pergolakan di dalam perkahwinan atau penceraian dan mengambil langkah kawalan.
3 - Mempelajari cara mengelakkan perpecahan di kalangan keluarga.
4 - Mempelajari cara menjalinkan persahabatan yang sihat dan mengelakkan rakan yang tidak baik.

Anda akan ditunjuk ajar mengenai Pengiraan Tarikh Lahir Secara Sains Metafizik. Biasanya kursus ini kami adakan secara 3 level dan yuran keseluruhannya mencecah RM1391.00. Rebut Peluang Ini. Apa yang akan anda pelajari semasa menghadiri KURSUS SAINS METAFIZIK (TARIKH LAHIR) ;

+ pengenalan …
+ numerologi …
+ bagaimana numerologi berfungsi …
+ gambarajah tarikh lahir …
+ elemen dan nombor …
+ hubungan elemen dengan kerjaya …
+ hubungan elemen dengan perniagaan …
+ kitaran sokongan …
+ kitaran kawalan …
+ cara pengiraan tarikh lahir …
+ ringkasan analisis …
+ perincian nombor 1-9 …
+ cara membaca tarikh lahir …
+ nombor tersembunyi …
+ kekuatan dan kelemahan …
+ kesihatan …
+ cara pengiraan arah kekayaan …
+ cara pengiraan arah kejayaan …
+ cara pengiraan arah tuah …
+ gabungan tarikh lahir …
+ gambarajah dalaman …
+ nombor-nombor hebat …
+ nombor-nombor dalaman …
+ nombor-nombor seks …
+ persekitaran rumah kaedah sains metafizik …
+ analisa nombor …
+ pola-pola nombor …

Apa yang bakal anda perolehi dengan mengikuti Kursus Rahsia Tarikh Lahir ini?

1. PERCUMA Manual Tarikh Lahir bernilai RM96.00
2. PERCUMA Laporan Lengkap Tarikh Lahir bernilai RM96.00
3. PERCUMA Software Ringkas, pengiraan tarikh lahir.

Sunday, June 19, 2011

Selamat Hari Bapa

Selamat Hari Bapa kepada semua bapa-bapa, terutamanya kepada arwah baba yang tidak pernah mengenal jemu semasa mendidik saya waktu kecil hinggalah dewasa.

Mari kita hadiahkan al-Fatihah kepada semua bapa-bapa samada yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Al-Fatihah!!

Tarikh hari bapa bagi tahun 2011 jatuh pada minggu ketiga jun ni. Tarikh rasmi hari bapa secara rasminya akan disambut pada 19 jun 2011. Tarikh Hari bapa sedunia adalah berbeza di setiap negara dan begitu juga dengan tarikh hari. Berikut adalah jadual tarikh hari bapa di setiap negara:

19 Jun 2011- Malaysia, Amerika Syarikat, Afrika Selatan, Argentina, Bahamas, Bangladesh, Belanda, Bulgaria, Chile, China, Colombia, Costa Rica, Cuba, Cyprus, Filipina, Greece, Guyana, Hong Kong, India, Ireland, Jamaica, Jepun, Kanada, Malta, Mauritius, Mexico, Pakistan, Panama, Paraguay, Perancis, Peru, Puerto Rico, Singapura, Slovakia, Sri Lanka, Switzerland, Trinidad dan Tobago, Turki, United Kingdom, Venezuela, Zimbabwe.

5 Disember 2011 - Thailand

4 September 2011 – Australia dan New Zealand

17 Julai 2011 – Uruguay

19 Mac 2011– Bolivia, Honduras, Itali, Liechtenstein, Portugal, Sepanyol

Tuesday, June 7, 2011

Ebook Ilmu Kejayaan dan Kekayaan

Dapatkan panduan ilmu-ilmu kuasa dalaman, kuasa minda dan pelbagai ilmu metafizik untuk mengubah kehidupan yang anda impikan. Insya Allah, anda akan lihat kesannya dalam masa yang terdekat !! Yang penting, ianya Jimat dan Murah

1) EBOOK RAHSIA TARIKH LAHIR

Ilmu ini boleh dijadikan sebagai panduan untuk kehidupan harian anda untuk menentukan kerjaya ataupun perniagaan yang paling sesuai dengan anda.

Keilmuan ini juga sesuai untuk anda menentukan pemilihan kursus ataupun pengajian yang paling sesuai untuk diikuti samada di universiti, kolej, maktab ataupun institut pengajian tinggi.

Boleh juga mengetahui keperibadian diri, kekuatan & kelemahan diri sendiri.

Anda akan diajarkan cara pengiraan tarikh lahir untuk mencari nombor akar ataupun elemen samada diri sendiri atau orang lain secara langkah-demi-langkah, amat mudah difahami.

Harga Asal : RM54.00
Promosi : RM27.00
Kiriman Melalui Pos Tambah RM10.00

PERCUMA : Software Pengiraan Tarikh Lahir

2) LAPORAN TARIKH LAHIR



Laporan Tarikh Lahir ini merangkumi penerangan tentang elemen pada nama anda, kesihatan, keperibadian serta kerjaya/ perniagaan yang paling sesuai untuk anda.

Anda akan memperolehi Laporan Tarikh Lahir ini dalam masa kurang 24 jam.

Jika anda berminat, sila emelkan nama penuh dan tarikh lahir untuk penjanaan Laporan Tarikh Lahir.

Harga Asal : RM54.00
Promosi : RM27.00
Kiriman Melalui Pos Tambah RM10.00

PERCUMA : Software Pengiraan Tarikh Lahir

DAN BANYAK LAGI EBOOK YANG AKAN KAMI PERTURUNKAN KEPADA ANDA SEMUA !!!!

Wednesday, June 1, 2011

Kursus Intensif Kundalini Reiki

Kursus Intensif Kundalini Reiki.

Terbuka kepada semua yang berminat untuk mendalami ilmu Kundalini Reiki, sesuai untuk semua peringkat umur dan agama.

Tarikh : 11 Jun 2011
Masa : 8.00 pagi - selesai
Penyertaan : 10 9 6 3 orang
Yuran : RM1,500.00 RM450.00
Tempat : Kompleks Kejiranan Presint 9, Putrajaya


Reiki boleh digunakan untuk kesembuhan (merawat penyakit sendiri ataupun orang lain), pelbagai hajat, pengasihan, meningkatkan karisma diri, pemagaran (rumah ataupun pejabat), meraih kejayaan & juga kekayaan (kerezekian) dan banyak lagi kegunaan reiki.

Selepas proses pembangkitan (attunement) selama antara 25 - 30 minit anda akan dapat merasai energi reiki mengalir.

Anda akan terasa aliran energi mengalir ke dalam tubuh anda.

Anda juga boleh bermain-main dengan energi reiki untuk merasai aliran energi tersebut.

Setiap hari anda hanya perlu melakukan meditasi selama 5 minit (minima), jika lebih lama lebih baik. Percayalah! Anda akan lebih baik daripada sebelumnya selepas pembangkitan (attunement) ini.

SIAPA YANG PERLU BELAJAR
  • Majikan - supaya nampak berkarisma dan disegani pekerja
  • Pekerja - supaya nampak berkarisma & disayangi majikan
  • Pelajar - supaya lebih mudah untuk mengulangkaji pelajaran
  • Peniaga (MLM / Takaful) - menarik pelanggan
  • Untuk merawat penyakit - diri ataupun orang lain
  • Kesihatan - tubuh badan lebih cergas
  • Sesiapa sahaja yang ingin memperbaiki diri & taraf hidup
  • Sesiapa sahaja yang berminat

Master Kundalini Reiki : RM1500
Sekarang : RM450 SAHAJA (PROMOSI)

PROMOSI: RM400.00 (Jika Bayar Sebelum @ Pada 10 Jun)

Monday, May 16, 2011

Selamat Hari Guru

Setiap tahun para warga pendidik akan menyambut Sambutan Hari Guru pada 16 Mei. Pada tahun ini, temanya adalah Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara.

Jika dilihat pada tema ini secara halus, maka nampak dengan jelas bahawa tugas guru semakin mencabar. Kerana sebagai penjana transformasi (perubahan) pendidikan negara, para pendidik perlu memikul semua perancangan pendidikan yang telah dirancang oleh kerajaan. Dalam erti kata lain, apa sahaja perancangan yang telah dirancang oleh kerajaan sebagai pembuat dasar perlu dilaksanakan dengan sebegitu sempurna agar apa yang tersirat dalam tema Hari Guru pada tahun ini dapat dicapai.

Perlaksanaan KSSR, SPPK dan MBMMBI perlulah mengikut acuan yang telah ditetapkan oleh kerajaan agar transformasi pendidikan yang diingin dapat dicapai. Begitu juga dengan penggunaan IT (teknologi maklumat) dan ICT (teknologi maklumat dan komunikasi), para pendidik perlulah menguasainya agar matlamat untuk mentransformasikan pendidikan negara tercapai.

Dalam hal ini, jati diri para pendidik haruslah tinggi agar dapat mengikut rentak yang dirancang oleh kerajaan dalam bidang pendidikan.

Tapi dalam hal ini (transformasi pendidikan), saya percaya para guru sememangnya sudah bersedia.

Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru di Malaysia, khususnya kepada guru yang pernah mengajar saya. Terima kasih atas didikan guru semua.

Mari kita sedekah surah al Fatihah kepada guru-guru kita, al Fatihah.

Sunday, May 8, 2011

Selamat Hari Ibu

Hari Ibu yang disambut setiap tahun pada hari Ahad minggu kedua bulan Mei khas untuk ibu-ibu di seluruh dunia.

Terima kasih Mama kerana bepenat lelah membesarkan kami.

Terima kasih Mama kerana menjaga sewaktu kami sakit.

Terima kasih Mama kerana tidak jemu melayan kerenah kami.

Terima kasih Mama kerana mendidik kami menjadi insan sempurna.


Terima kasih Mama atas segala jasamu yang tidak terbalas oleh kami semua.

Hanya doa & amal jariah yang boleh kami titipkan untuk Mama.

"Ya Allah Engkau tempatkanlah ibu kami bersama-sama hambamu yang beriman. Amin.... Amin.... Ya Rabal 'alamin."


Selamat Hari Ibu kepada semua ibu-ibu.

Sunday, May 1, 2011

Pekerja Merealisasi Transformasi Negara

Kepada semua, Selamat Menyambut Hari Pekerja!!!

"Pekerja Merealisasi Transformasi Negara" begitulah tema sambutan Hari Pekerja bagi tahun 2011. Hari Pekerja mula diiktiraf kerajaan pada 1973 apabila ia mengisytiharkan 1 Mei setiap tahun sebagai cuti umum.

Di dalam Islam pun menyarankan supaya kita semua bekerja seolah-olah kita akan hidup 1000 tahun. Bekerja itu adalah ibadah dan kita akan dianugerahkan pahala, insya Allah. Bekerjalah dengan ikhlas walau apa pun pekerjaan kita.

Perhimpunan Hari Pekerja pada tahun 2011 ini akan diadakan pada 7 Mei 2011 dan bertempat di Stadium Putra, Bukit Jalil Kuala Lumpur yang disertai pekerja sektor awam dan swasta juga bertujuan mengeratkan hubungan kerjasama antara pihak kerajaan, majikan dan pekerja.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah bersetuju untuk menyampaikan amanat khas pada perhimpunan berkenaan.