FOLLOWERS

Tuesday, December 14, 2010

Pola Tarikh Lahir Ning Baizura

Di sini kami akan cuba menghuraikan rahsia tarikh lahir menggunakan kaedah Sains Metafizik seorang penyanyi terkenal di Malaysia, iaitu Ning Baizura. Siapa yang tidak kenal kepada Ning Baizura? Penyanyi yang bersuara nyaring lagi lantang.

Nama : Ning Baizura bte Hamzah
Tarikh Lahir : 28 Jun 1975

Huraian Tarikh Lahir Kaedah Sains Metafizik

Setelah dikira tarikh lahir Ning Baizura, beliau memiliki nombor 2 sebagai Nombor Akar. (rujuk cara pengiraaan ringkas Cara Ringkas Pengiraan Tarikh Lahir). Nombor 2 adalah Elemen Air.

Ini adalah ciri dan huraian personaliti Nombor 2;
Anda Punyai Komunikasi Atau Penyampaian Yang Baik. Suara Anda Kedengaran Lantang Dan Jelas. Mungkin Juga Anda Susah Atau Malu Nak Mula Bercakap Namun Apabila Sudah Mula Anda Kelihatan Mesra.

Kita sedia maklum yang Ning Baizura memiliki suara yang lantang sewaktu menyanyi, ini jelas menunjukkan personaliti Ning Baizura berdasarkan pengiraan tarikh lahir Kaedah Sains Metafizik.

Sekarang kita lihat pula pola nombor 1 3, dimana kebanyakan individu yang mempunyai pola nombor 1 3 berkahwin dengan 'mat saleh' (orang putih). Ning Baizura ada pola nombor 1 3 ini dan terbukti kebenarannya.

Manakala pola nombor 2 7 menunjukkan ramai peminat.

Sebenarnya banyak lagi yang boleh diketahui melalui tarikh lahir ini, seperti keperibadian, kesihatan, kerjaya, perniagaan, keserasian pasangan, apa yang terjadi pada tahun-tahun mendatang supaya kita dapat bersedia dari awal.

Di sini kami cuma dapat berikan yang positif sahaja.

No comments:

Post a Comment