FOLLOWERS

Friday, February 3, 2012

Tarikh Nombor Cermin



HARI INI – TARIKH NOMBOR CERMIN!! Cermin sifatnya memantulkan semula segala bentuk subjek yang berada dalam lingkungannya (hadapan). Ia menvisualkan REFLEK, tidak kurang dan tidak lebih. Apa yang ada, itulah refleknya. CERMIN tetap CERMIN, ia bukan SUBJEK -  Ia hanya REFLEKSI DIRI.  CERMIN tak berubah, subjek mungkin BERUBAH-UBAH.

Cermin amat jujur. Tidak sembunyi apa yang diperlu direflekannya. Ia jujur ‘bercerita’ tentang subjek walaupun subjek sering tidak jujur terhadapnya. Cermin terima dengan keterbukaan walaupun subjek mungkin tidak sering redha dengan ‘keadaan’ yang dilihat hasil reflek sang cermin. Subjek sering cuba menipu sang cermin, yang hakikatnya dia ‘menipu’ dirinya sendiri.

Cermin begitu memotivasikan. Acapkali tatkala berhadapan dengan Cermin, reflek subjek mampu memotivasikan subjek. Cermin membangkitkan ‘rasa’ ceria buat subjek, membangkitkan semangat dan begitu memotivasikan. Walau sering pada asalnya subjek tampil dengan dirinya yang ‘sebenar’ @ ‘asli’, subjek sering tidak terima kondisinya ini. Sukar untuk subjek menerima hakikat bahawa itulah dirinya seadanya.

Apatah lagi tatkala memikirkan reaksi umum jika melihat keadaan ‘diri’ nya yang sebegitu. Lalu, bertemankan sang cermin yang setia, reflek ‘asli’ ini ditukar menjadi reflek yang begitu memotivasikan diri subjek. Dari yang asli menjadi yang ‘DIRI’ ciptaan subjek yang mahu dipertontonkan pada diri sendiri dan alam.

Reflek ‘Diri’ yang mampu ‘menutup rahsia’  yang dirasakan perlu ditutup agar apa yang ‘nampak’ adalah keindahan. Cermin memang hebat!! Cermin mampu mentransformasikan diri yang ‘kalah’ MENJADI DIRI YANG ‘MENANG’. Tanpa Cermin, tentunya ‘RASA MENANG’ sukar ‘dilihat’ oleh diri, hatta susahlah untuk menghasilkannya.

No comments:

Post a Comment