FOLLOWERS

Friday, October 21, 2011

Kad Matlamat

Apa itu kad matlamat? Kad matlamat adalah senarai matlamat yang ingin anda capai di dalam tempoh masa tertentu.

Pada pandangan saya kad matlamat ini amat penting, sepenting kad perniagaan. Dengan adanya kad matlamat anda boleh mengulang baca matlamat anda pada bila-bila masa, terutamanya sebelum mula bekerja. Dengan itu akan terbit motivasi diri. Sesuatu yang sering diulang baca, akan tertanam di dalam fikiran (minda separa sedar) dan war-warkan kepada semua kenalan untuk membuahkan hasil yang mantap.

Tetapi harus diingat jangan berkongsi matlamat anda dengan kenalan yang negatif, takut nanti matlamat anda akan TAMAT (kerana dikhuatiri kenalan yang negatif akan "tanamkan" fikiran yang negatif kepada anda).

Anda boleh bahagikan kad matlamat anda kepada beberapa bahagian seperti :
    1. Satu kad matlamat untuk kerjaya/perniagaan. 2. Satu kad matlamat untuk keluarga. 3. Satu kad matlamat untuk kesihatan. 4. Satu kad matlamat untuk kewangan.
"Ungkapan Motivasi Orang yang sukses adalah orang yang istiqomah di dalam amal baik. – Al Habib Alwi Bin Muhammad Bin Tohir Al Haddad"

Friday, October 14, 2011

Tips Agar Sentiasa Berfikiran Positif

Sekali pandang, nampak macam mudah untuk sentiasa berfikiran positif dan optimistik, tetapi sebenarnya ianya adalah perkara yang sukar untuk dilakukan. Namun ianya tidak mustahil kerana semuanya terletak dalam diri individu itu sendiri untuk menerima situasi yang berlaku terhadap diri mereka.

Disini saya ingin berkongsi tips bagaimana untuk sentiasa kekal positif supaya anda akanberoleh kejayaan hidup.
    1. Sentiasa Bergaul Dengan Individu Yang Positif Ini amat penting, kerana jika anda bergaul dengan mereka yang bersifat negatif, lambat-laun anda juga akan menjadi seperti mereka. Hadkan pergaulan anda dengan mereka yang bersikap negatif. Orang yang berfikiran positif akan sentiasa mendorong persekitarannya untuk menjadi positif. Oleh itu, pastikan anda memilih pergaulan dengan teliti bagi mewujudkan mentaliti yang positif.  
    2. Mewujudkan Persekitaran Positif Persekitaran, ia boleh dikaitkan dengan apa sahaja. Contohnya persekitaran tempat kerja anda. Jadikan suasana di tempat kerja anda ceria, bersih dan terdapat bau-bauan yang menyegarkan, maafkan kawan-kawan yang melakukan kesalahan pada anda. Ini penting untuk mengekalkan mentaliti positif dan meningkatkan produktiviti harian.  
    3. Ayat-Ayat Komunikasi Yang Positif Penggunaan ayat-ayat yang positif juga memainkan peranan di dalam diri dan juga persekitaran anda. Apabila hendak berkomunikasi pilihlah ayat-ayat yang mendorong ke arah sikap yang positif. Misalnya ayat seperti “Bosanlah hari ini, sales belum masuk lagi” menjadi “Hari ini aku lebih hebat dari semalam, sales aku meningkat”.
"Ungkapan Motivasi Semakin besar “Mengapa” anda maka semakin besar energi yang mendorong anda untuk meraih kejayaan."

Kelebihan Minda Separa Sedar

1. Minda Separa Sedar bertugas secara terlatih tanpa perlu berfikir dan merekodkan pengalaman seumur hidup.

2. Minda Separa Sedar tidak membantah perkara yang difikirkan (dimasukkan), tetapi menerima setiap keputusan dan kesimpulan secara mutlak.

3. Minda Separa Sedar bagaikan "Jin Aladnin" yang menunaikan setiap permintaan (kehendak) manusia tanpa bantahan tidak kira sama ada implikasinya baik ataupun buruk.

4. Minda Separa Sedar memiliki keupayaan menghadapi setiap ragam dan kepayahan manusia di dunia ini.

5. Minda Separa Sedar juga dapat mencetus idea-idea baru da hebat. Ia juga dapat menyembuh dan menghalang panyakit.

6. Minda Separa Sedar juga adalah sumber cita-cita dan aspirasi serta mendorong sikap kemanusiaan.