FOLLOWERS

Monday, May 16, 2011

Selamat Hari Guru

Setiap tahun para warga pendidik akan menyambut Sambutan Hari Guru pada 16 Mei. Pada tahun ini, temanya adalah Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara.

Jika dilihat pada tema ini secara halus, maka nampak dengan jelas bahawa tugas guru semakin mencabar. Kerana sebagai penjana transformasi (perubahan) pendidikan negara, para pendidik perlu memikul semua perancangan pendidikan yang telah dirancang oleh kerajaan. Dalam erti kata lain, apa sahaja perancangan yang telah dirancang oleh kerajaan sebagai pembuat dasar perlu dilaksanakan dengan sebegitu sempurna agar apa yang tersirat dalam tema Hari Guru pada tahun ini dapat dicapai.

Perlaksanaan KSSR, SPPK dan MBMMBI perlulah mengikut acuan yang telah ditetapkan oleh kerajaan agar transformasi pendidikan yang diingin dapat dicapai. Begitu juga dengan penggunaan IT (teknologi maklumat) dan ICT (teknologi maklumat dan komunikasi), para pendidik perlulah menguasainya agar matlamat untuk mentransformasikan pendidikan negara tercapai.

Dalam hal ini, jati diri para pendidik haruslah tinggi agar dapat mengikut rentak yang dirancang oleh kerajaan dalam bidang pendidikan.

Tapi dalam hal ini (transformasi pendidikan), saya percaya para guru sememangnya sudah bersedia.

Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru di Malaysia, khususnya kepada guru yang pernah mengajar saya. Terima kasih atas didikan guru semua.

Mari kita sedekah surah al Fatihah kepada guru-guru kita, al Fatihah.

Sunday, May 8, 2011

Selamat Hari Ibu

Hari Ibu yang disambut setiap tahun pada hari Ahad minggu kedua bulan Mei khas untuk ibu-ibu di seluruh dunia.

Terima kasih Mama kerana bepenat lelah membesarkan kami.

Terima kasih Mama kerana menjaga sewaktu kami sakit.

Terima kasih Mama kerana tidak jemu melayan kerenah kami.

Terima kasih Mama kerana mendidik kami menjadi insan sempurna.


Terima kasih Mama atas segala jasamu yang tidak terbalas oleh kami semua.

Hanya doa & amal jariah yang boleh kami titipkan untuk Mama.

"Ya Allah Engkau tempatkanlah ibu kami bersama-sama hambamu yang beriman. Amin.... Amin.... Ya Rabal 'alamin."


Selamat Hari Ibu kepada semua ibu-ibu.

Sunday, May 1, 2011

Pekerja Merealisasi Transformasi Negara

Kepada semua, Selamat Menyambut Hari Pekerja!!!

"Pekerja Merealisasi Transformasi Negara" begitulah tema sambutan Hari Pekerja bagi tahun 2011. Hari Pekerja mula diiktiraf kerajaan pada 1973 apabila ia mengisytiharkan 1 Mei setiap tahun sebagai cuti umum.

Di dalam Islam pun menyarankan supaya kita semua bekerja seolah-olah kita akan hidup 1000 tahun. Bekerja itu adalah ibadah dan kita akan dianugerahkan pahala, insya Allah. Bekerjalah dengan ikhlas walau apa pun pekerjaan kita.

Perhimpunan Hari Pekerja pada tahun 2011 ini akan diadakan pada 7 Mei 2011 dan bertempat di Stadium Putra, Bukit Jalil Kuala Lumpur yang disertai pekerja sektor awam dan swasta juga bertujuan mengeratkan hubungan kerjasama antara pihak kerajaan, majikan dan pekerja.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah bersetuju untuk menyampaikan amanat khas pada perhimpunan berkenaan.