FOLLOWERS

Sunday, March 28, 2010

Apa Itu Reiki?

Reiki, adalah bahasa Jepun (dieja “RAY-key”) bermaksud energi kehidupan alam semesta, atau energi Ilahi, dan dipercayai sistem penyembuhan ini awalnya berasal dari Tibet. Dikatakan bahwa praktik penyembuhan ini berasal dari naskah-naskah kuno ribuan tahun yang lalu. Naskah kuno yang diketahui telah berusia lebih dari 5,000 tahun.

Reiki bukanlah agama atau segala hal yang berhubungan dengan itu. Seni penyembuhan terdapat hampir di semua kebudayaan dan tradisi di seluruh dunia. Reiki adalah kesatuan dari semua konsep tersebut, yang sekarang telah dapat diterima di seluruh dunia.

Reiki mengajarkan kesatuan dan keharmonian. Reiki adalah keharmonian dengan alam dan dapat digunakan untuk membantu penyembuhan manusia, tumbuhan dan binatang, dan dapat juga membantu kemurnian dan keharmonian air dan udara. Reiki diperkenalkan pada awal abad 20 di Jepun oleh Dr Mikao Usui (15 August 1865 – 9 March 1926).

Sistem Reiki berkembang dan disebarkan dengan sistem penyelarasan atau attunement. (dalam bahasa Jepun, disebut Reiju, yang bermaksud menerima energi). Sekarang telah dipelajari jutaan orang diseluruh dunia.

Sunday, March 14, 2010

Minda Separa Sedar


 Minda Separa Sedar

Minda Separa Sedar bertugas secara terlatih tanpa perlu berfikir serta merekodkan pengalaman seumur hidup.

Minda Separa Sedar juga dapat mencetuskan idea-idea baru yang hebat. Ia juga dapat menyembuhkan dan menghalang penyakit. Walaupun sedang tidur, Minda Separa Sedar mengawal aktiviti organ, tisu badan dan tahap mimpi.

Minda Separa Sedar berfungsi dengan cukup baik sekali ketika suasana tenang dan ketika kita sedang relaks. Pada ketika itu juga, Anda boleh mempengaruhi minda separa sedar dengan berimaginasi atau mengucapkan kata-kata pada diri (di dalam hati) dengan penuh bersahaja. Tanpa kita sedari, kehidupan kita dibentuk oleh apa yang kita fikirkan.
"Minda sedar hanya mengurus 12% dari aspek kehidupan kita. Manakala minda separa sedar (sub conscious mind) meliputi 88% dari aspek tersebut, contohnya pernafasan, degupan jantung, emosi, keberuntungan (luck) dan faktor-faktor yang tidak kelihatan."

Tuesday, March 9, 2010

Apa Itu Perniagaan Internet?


Apakah Itu Perniagaan Internet?

Dewasa ini ramai orang sudah menceburi bidang Perniagaan Internet. Apakah itu Perniagaan Internet? Secara mudahnya Perniagaan Internet adalah perniagaan yang dilakukan 100% melalui internet. Semua barangan akan dipromosikan di laman web ataupun blog.

Manakala pembayaran samada melalui Paypal (kad kredit) ataupun melalui Perbankan Internet seperti Maybank2u, CIMB Clicks dan bank-bank yang menyediakan perkhidmatan perbankan internet.

Dengan adanya laman web atau blog ini perniagaan anda beroperasi selama 24 jam sehari walaupun anda sedang tidur. Dengan bantuan kata kunci yang power maka kedudukan (ranking) laman web atau blog anda  akan berada pada kedudukan yang teratas sekali. Dengan ini akan meningkatkan jumlah jualan daripada laman web atau blog anda.

Demikian serba ringkas penerangan mengenai Perniagaan Internet.