FOLLOWERS

Sunday, March 14, 2010

Minda Separa Sedar


 Minda Separa Sedar

Minda Separa Sedar bertugas secara terlatih tanpa perlu berfikir serta merekodkan pengalaman seumur hidup.

Minda Separa Sedar juga dapat mencetuskan idea-idea baru yang hebat. Ia juga dapat menyembuhkan dan menghalang penyakit. Walaupun sedang tidur, Minda Separa Sedar mengawal aktiviti organ, tisu badan dan tahap mimpi.

Minda Separa Sedar berfungsi dengan cukup baik sekali ketika suasana tenang dan ketika kita sedang relaks. Pada ketika itu juga, Anda boleh mempengaruhi minda separa sedar dengan berimaginasi atau mengucapkan kata-kata pada diri (di dalam hati) dengan penuh bersahaja. Tanpa kita sedari, kehidupan kita dibentuk oleh apa yang kita fikirkan.
"Minda sedar hanya mengurus 12% dari aspek kehidupan kita. Manakala minda separa sedar (sub conscious mind) meliputi 88% dari aspek tersebut, contohnya pernafasan, degupan jantung, emosi, keberuntungan (luck) dan faktor-faktor yang tidak kelihatan."

No comments:

Post a Comment