FOLLOWERS

Tuesday, March 9, 2010

Apa Itu Perniagaan Internet?


Apakah Itu Perniagaan Internet?

Dewasa ini ramai orang sudah menceburi bidang Perniagaan Internet. Apakah itu Perniagaan Internet? Secara mudahnya Perniagaan Internet adalah perniagaan yang dilakukan 100% melalui internet. Semua barangan akan dipromosikan di laman web ataupun blog.

Manakala pembayaran samada melalui Paypal (kad kredit) ataupun melalui Perbankan Internet seperti Maybank2u, CIMB Clicks dan bank-bank yang menyediakan perkhidmatan perbankan internet.

Dengan adanya laman web atau blog ini perniagaan anda beroperasi selama 24 jam sehari walaupun anda sedang tidur. Dengan bantuan kata kunci yang power maka kedudukan (ranking) laman web atau blog anda  akan berada pada kedudukan yang teratas sekali. Dengan ini akan meningkatkan jumlah jualan daripada laman web atau blog anda.

Demikian serba ringkas penerangan mengenai Perniagaan Internet.

No comments:

Post a Comment