FOLLOWERS

Wednesday, April 28, 2010

Minda Separa Sedar dan Sembang Reiki Ditutup Sementara

Saya akan menghentikan sementara penulisan tentang Minda Separa Sedar, Sembang Reiki disepanjang bulan April 2010 untuk memberi laluan kepada Teknik SEO. Tujuan saya adalah untuk mendapat ranking tertinggi di dalam semua search engine untuk keyword seperti bisnes Vemma, produk Vemma dan Vemma Malaysia.

Maaf atas kesulitan.

Wednesday, April 21, 2010

7 Langkah Untuk Mencapai Matlamat dan Kejayaan

"Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang." - Cecil B. DeMille

Artikel motivasi ini menjelaskan langkah-langkah, cara-cara, kaedah-kaedah, strategi-strategi, teknik-teknik, tip-tip, panduan-panduan atau rahsia-rahsia mencapai matlamat dan kejayaan yang anda inginkan.

Untuk mencapai matlamat anda dan berjaya dalam kehidupan, anda mestilah membina suatu kebiasaan berdasarkan langkah-langkah yang telah terbukti keberkesanannya seperti berikut:

1. Wujudkan Keinginan Anda Sebesar Mungkin.
Keinginan tersebut mestilah yang benar-benar anda idamkan. Bagaimana menyemarakkan keinginan anda? Duduk dan tulis semua keinginan anda. Nyatakan faedah-faedah dan kebaikan-kebaikan mencapai segala keinginan anda itu. Fikir dan tulislah sepuas-puasnya. Apabila senarai anda menjangkau 50 hingga 100, suatu bentuk perasaan atau semangat pada diri anda akan timbul. Teruskan. Anda akan mula menjadi lebih bersemangat. Jika anda terus menulis dan menghayati segala matlamat anda itu, semangat anda akan bertambah menyala, berapi-api! InsyaAllah.

2. Tuliskan Matlamat-Matlamat Anda.
Tulis matlamat-matlamat anda di atas sehelai kertas. Jika anda tidak tulis, ia hanya akan menjadi angan-angan sahaja. Salinkannya ke dalam Buku Matlamat anda. Ini PENTING, kerana dengan berbuat demikian, ia akan menjadi perkara yang penting bagi anda. Dengan berbuat demikian juga, ia akan mula meresap ke dalam minda separa sedar anda.

3. Tetapkan Tempoh dan Bila Anda Akan Mencapai Matlamat Anda.
Kaji tahap atau kedudukan anda sekarang berbanding dengan apa yang anda inginkan. Kira dan tentukan berapa banyak masa yang anda perlukan untuk mencapai matlamat anda itu. TETAPKAN bila matlamat tersebut mesti anda capai.

4. Buat Perancangan.
Rancangkan tindakan-tindakan anda. Senaraikan semua aktiviti mengikut susunan keutamaannya. Perbaiki senarai anda; optimumkannya, sempurnakannya.

5. Gambarkan Kejayaan Pada Minda Anda.
Letakkan suatu Studio Filem di minda anda! Bayangkan satu GAMBARAN MENTAL yang anda telah berjaya mencapainya. Buat imej minda yang jelas dan terang pada mata minda anda. Mainkan gambaran itu berulang-ulang – berkali-kali di fikiran anda. Ingatlah bahawa: "Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang." - Cecil B. DeMille.

6. Tangani Halangan.
1) Kenalpastikan halangan-halangan yang perlu anda atasi.
2) Tumpukan kepada usaha mendapat bantuan; bantuan yang anda akan perlukan untuk mencapai matlamat anda - misalnya pengetahuan, pakar-pakar, penasihat-penasihat atau badan-badan tertentu. adalah hasil dari fikirannya. Apa yang dia fikir, itulah yang dia akan menjadi".

7. Baki 90% Adalah Usaha dan Keazaman Anda
Sokong rancangan anda dengan KEAZAMAN (Resolve) dan SEMANGAT TIDAK MENGENAL PUTUS ASA (Persistence). Tekadkan semangat. Tumpukan kepada kejayaan. Fokuskan segala perhatian dan tenaga anda untuk mencapai segala matlamat anda pada waktu yang anda sendiri tetapkan. Bulatkan hati dan fikiran. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap sebarang cabaran. Lakukanlah tindakan-tindakan proaktif dan produktif.

InsyaAllah, dengan diiringi doa, keazaman, disiplin yang tinggi serta usaha gigih, anda akan mencapai apa juga matlamat yang anda ingini dan impikan.

Ditulis oleh;
Taidin Suhaimin


"Ungkapan Motivasi Buang Sedikit Masa Untuk Menepatkan Matlamat, dan Jangan Sebab Tiada Matlamat Masa Anda Terbuang."

Wednesday, April 14, 2010

Tips Agar Fokus Semasa Bekerja

Hari ini saya ingin berkongsi informasi mengenai tips agar lebih fokus semasa bekerja.Dengan tips ini diharapkan dapat membuat diri anda lebih fokus terhadap sesuatu yang sedang dikerjakan :
    1. Jauhi dari internet. Cuba abaikan kemudahan internet seperti Facebook, Twitter, email, instant messanging sewaktu bekerja.  
    2. Abaikan SMS. Boleh dikatakan kebanyakkan SMS yang diterima tidaklah terlalu penting dan boleh dibaca setelah selesai semua tugasan kerja.  
    3. Lakukan Satu Per Satu. Siapkan tugasan kerja anda satu per satu sehingga selesai, jangan dicampur-adukkan semua tugasan kerja anda.  
    4. Jauhi Masalah Peribadi. Memang diakui tidak mudah menghilangkan beban fikiran, apatah lagi bersangkutan dengan urusan peribadi.  
    5. Jangan Biarkan Perut Kosong. Seeloknya anda bersarapan terlebih dahulu sebelum mulakan kerja, tetapi jangan makan terlalu banyak dikhuatiri mengantuk sewaktu bekerja.  
    6. Usah Bercakap Perkara Yang Remeh. Seboleh-bolehnya elakkan dari bercakap (bergossip) tentang perkara yang tiada kaitan dengan kerja.  
    7. Tepatkan Tempoh Masa Di Dalam Setiap Tugasan Kerja. Biasanya anda akan lebih fokus kalau ada tempoh masa di dalam mengerjakan suatu tugasa kerja.
Mudah-mudahan tips di atas bermanfaat untuk anda terapkan semasa bekerja supaya lebih fokus, mudah-mudahan anda menjadi lebih produktif. Kalau anda lebih produktif, mudah-mudahan anda menjadi lebih bermanfaat bagi orang-orang di sekitar anda.
"Ungkapan Motivasi Orang yang terlalu cepat berputus asa seumpama dia telah menyediakan dirinya untuk mati sebelum mati."

Wednesday, April 7, 2010

Apa Itu Fokus?

Fokus yang dimaksudkan di sini adalah mencurahkan segala perhatian, fikiran dan energi terhadap sesuatu perkara pada tempoh masa yang tertentu. Manakala musuh utama fokus adalah gangguan.

Dalam hidup, banyak sekali hal-hal yang harus anda fikirkan dan lalui, tetapi  belum tentu semuanya penting . Untuk itu anda perlu fokus kepada hal-hal yang benar-benar anda perlukan sahaja, iaitu yang boleh memberikan kebaikan pada diri anda, keluarga, masyarakat, negara dan agama.
"Ungkapan Motivasi Berusahalah dengan ikhlas tanpa memikirkan balasan, kerana semakin tinggi keikhlasan, semakin tinggilah balasan baik yang akan diperolehi dalam keadaan sedar atau tidak."