FOLLOWERS

Thursday, July 21, 2011

Terapi Reiki Sebagai Penyembuhan Alternatif

Tidak dapat disangkal lagi penyembuhan alternatif mulai dicari dan digunakan sebagai penyembuhan alternatif disamping penyembuhan kedoktoran.

Penyembuhan Alternatif ataupun juga dikemali sebagai Rawatan Alternatif seperti Akupuntur, Tenaga Prana, Chikung, Tai Chi, Reiki, Meditasi, Olah Pernafasan sudah terbukti dapat menjaga kesihatan dan menyembuhkan penyakit di dalam badan.

Terapi Reiki adalah satu daripada penyembuhan alternatif yang dapat merawat dan menyembuhkan pesakit melalui aliran energi yang disalurkan melalui tapak tangan perawat kepada pesakit. Energi Reiki akan mengalir ke tempat yang sakit secara automatik untuk mengimbangi energi yang sedia ada.

Pesakit kemungkinan akan terasa seperti semut-semut akibat daripada aliran energi. Pengaliran Energi Reiki hanya mengambil masa kurang dari 5 minit sahaja.

Thursday, July 14, 2011

Matlamat Disusuli Dengan Tindakan Serta Disiplin Membuahkan Kejayaan

Menetapkan matlamat amat mudah, terutamanya ketika membuat azam tahun baru. Ramai yang menetapkan matlamat serta azam baru. Menetapkan matlamat merupakan suatu perkara yang baik. Akan tetapi, menetapkan matlamat sahaja tidak dapat menjamin kejayaan seseorang.

Lihatlah bilangan orang yang menetapkan matlamat mereka dan bilangan yang berjaya mencapai matlamat tersebut. Menetapkan MATLAMAT sahaja tanpa disusuli oleh TINDAKAN yang wajar serta DISIPLIN yang kukuh adalah tidak berguna.

Untuk mencapai matlamat anda, anda perlu berdisiplin untuk melakukan apa yang perlu, bukan untuk sehari dua, tetapi untuk satu jangka masa yang tertentu sehingga matlamat anda tercapai.

Jika anda tidak menyuap matlamat anda dengan tindakan yang bijak serta disiplin yang kuat, matlamat anda hanya akan kekal sebagai matlamat sahaja dan pada tahun depan, kehidupan anda masih kekal tidak berubah.

Formula Kejayaan ini adalah seperti berikut:

Matlamat + Tindakan + Disiplin = KEJAYAAN

Formula ini bukan hanya digunakan dalam perniagaan sahaja tetapi untuk apa-apa sahaja matlamat yang anda tentukan.

Lihat artikel tentang Kepentingan Menulis Matlamat.
"Ungkapan Motivasi Demi Masa! Sesungguhnya Manusia Itu Benar-Benar Dalam Kerugian Kecuali Orang-Orang Yang Beriman dan Mengerjakan Amal Soleh dan Nasihat Menasihati Supaya Mentaati Kebenaran dan Nasihat Menasihati Supaya Menetapi Kesabaran."

Thursday, July 7, 2011

Kepentingan Fokus

Fokus adalah amat penting kerana kita perlu memberi sepenuh tumpuan  tenaga, usaha & kesungguhan kita kepada sesuatu. Dengan memberi lebih fokus terhadap sesuatu perkara yang sedang kita lakukan maka usaha tersebut akan berlipat kali ganda kesannya.

Analoginya seperti kita gunakan kanta pembesar untuk menumpukan cahaya matahari kepada satu titik fokus. Apa yang terjadi? Akibat daripada tumpuan fokus kanta pembesar akan membuatkan kepanasan cahaya matahari berganda sehingga boleh menyebabkannya terbakar.

Dengan memberi tumpuan tenaga, usaha dan kesungguhan kita pada satu titik fokus, hidup kita akan berjaya mencapai apa yang dimatlamatkan dengan lebih cepat dan mudah.
"Ungkapan Motivasi Tinggalkanlah kesenangan yang menghalangi pencapaian kecemerlangan hidup yang diidamkan. Dan berhati-hatilah, kerana beberapa kesenangan adalah cara gembira menuju kegagalan. - Mario Teguh"