FOLLOWERS

Friday, May 21, 2010

Fenomena Tarikh Lahir

Tarikh Lahir kini menjadi satu fenomena baru di Malaysia. Ramai yang telah menghadiri pelbagai kursus tarikh lahir yang diadakan oleh ramai tenaga pengajar ataupun mentor. Kini semakin ramai pakar motivasi menggunakan kaedah Sains Metafizik ini di dalam sesi ceramah untuk mengcungkil potensi diri peserta.

Sebagai contoh, seorang pelajar boleh menggetahui kecenderungan, bidang ataupun potensi dirinya dengan menggunakan pengiraan tarikh lahir. Pelajar tersebut boleh menumpukan kepada bidang yang ingin beliau ikuti semasa menyambung pelajaran di universiti.

Kaedah Tarikh Lahir ini juga boleh digunakan di dalam mencari rakan kongsi perniagaan. Sebenarnya banyak lagi yang boleh diketahui dengan menggunakan pengiraan tarikh lahir ini.

Sunday, May 16, 2010

Selamat Hari Guru

Selamat Hari Guru kepada semua guru di Malaysia, khususnya guru-guru yang pernah mendidik dan mengajar saya. Saya sentiasa mendoakan semua guru supaya berada di dalam keadaan baik, sihat sejahtera selalu.

Sentiasa berdoa kepada semua guru terutama arwah guru kita. Amin

Sunday, May 9, 2010

Selamat Hari Ibu

Selamat Hari Ibu kepada semua ibu-ibu, terutamanya kepada mama, emak dan isteri tercinta. Hayati lirik yang ditulis oleh allahyarham Tan Sri P. Ramlee, iaitu lagu IBU
Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Bila ku berduka
Engkau hiburkan selalu


Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Tempat menyatakan kasih
Wahai ibu


Betapa tidak hanya engkaulah
Yang menyniari hidupku
Sepanjang masa engkau berkorban
Tidak putusnya bagai air lalu


Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Tempatku menyerahkan kasih
Wahai ibu