FOLLOWERS

Friday, May 21, 2010

Fenomena Tarikh Lahir

Tarikh Lahir kini menjadi satu fenomena baru di Malaysia. Ramai yang telah menghadiri pelbagai kursus tarikh lahir yang diadakan oleh ramai tenaga pengajar ataupun mentor. Kini semakin ramai pakar motivasi menggunakan kaedah Sains Metafizik ini di dalam sesi ceramah untuk mengcungkil potensi diri peserta.

Sebagai contoh, seorang pelajar boleh menggetahui kecenderungan, bidang ataupun potensi dirinya dengan menggunakan pengiraan tarikh lahir. Pelajar tersebut boleh menumpukan kepada bidang yang ingin beliau ikuti semasa menyambung pelajaran di universiti.

Kaedah Tarikh Lahir ini juga boleh digunakan di dalam mencari rakan kongsi perniagaan. Sebenarnya banyak lagi yang boleh diketahui dengan menggunakan pengiraan tarikh lahir ini.

No comments:

Post a Comment