FOLLOWERS

Sunday, November 28, 2010

Ebook Rahsia Tarikh Lahir

Promosi Jualan Akhir Tahun 2010

Mulai 1 Dis - 31 Dis 2010

Harga eBook Rahsia Tarikh Lahir : RM 60.00

Percuma Laporan Lengkap

Percuma Software Kiraan Tarikh Lahir

Percuma Kupon Bernilai RM50 Untuk Kursus Kuasa Tarikh Lahir

Berminat?

1. Hubungi kami di talian 019-3966 972 atau email mohdsalman@yahoo.com
2. Kemudian, bank-in  (Maybank : 1-62106-97476-0 ataupun CIMB Bank : 1601-0008945-52-7)
3. SMS ataupun emelkan nama penuh, tarikh lahir, emel dan maklumat pembayaran seperti nama bank, masa bank-in
4. Berikan kami 24 jam untuk pengesahan dan penghantaran

Terima kasih atas minat anda.

Sunday, November 21, 2010

Pola Tarikh Lahir Erra Fazira

Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai tarikh lahir pelakon dan penyanyi terkenal tanahair, iaitu Erra Fazira. Nak berkongsi tarikh lahir saya tentu anda semua tak nak kan? Jadi saya pilih Erra Fazira.

Sekarang, mari kita tanya ibu Erra Fazira bilakah beliau dilahirkan.
Ibu Erra Fazira : Erra dilahirkan pada 9 Februari 1974

Kombinasi nombor tarikh lahir yang terdapat dalam pola segitiga tersebut antaranya ialah nombor 123 yang menunjukkan beliau memiliki kekuatan suara dan 426 pula menunjukkan rezeki beliau datang daripada suara.

Kombinasi nombor diatas banyak dimiliki oleh ramai artis dan juga penceramah/motivator. Sementara itu, kombinasi 459 yang dimiliki oleh Erra Fazira membantu beliau dalam kehidupan kerana individu ini memiliki deria ke-6 yang sangat kuat. Pola 669 pula menunjukkan bahawa Erra Fazira sangat sesuai menjalankan perniagaan dan mudah sukses dalam perniagaan yang diceburinya.

Secara ringkas, dengan mengetahui pola kombinasi dari tarikh lahir seseorang individu itu lebih mudah untuk merancang kehidupan. Dengan adanya ilmu ini seseorang itu tidak perlu menghabiskan banyak masa dengan membuat pekerjaan yang tidak bersesuaian dengannya. Menurut kajian sikap yang dijalankan pola tarikh lahir mempengaruhi 80%-90% kehidupan individu. Sungguhpun begitu, kajian numerologi ini hanyalah sebagai panduan sahaja.

Sunday, November 7, 2010

Kisah Lembu Korban

Hari ini saya ingin berkongsi satu kisah. Ceritera ini berlaku di sebuah negeri Ntah Berentah, tetapi kisah benar.

Sayugia ketika Hari Raya Aidil Adha yang lalu (tahun 2009), seorang pak cik (Pak Berahim) dalam lingkungan 60-an datang untuk membuat pembayaran lembu korban yang telah ditempah untuk bahagiannya. Adapun maka dihulurkan wang tersebut kepada urusetia (nama dirahsiakan).

Urusetia yang menerima bayaran tersebut tiba-tiba berkata, "Duit singit-singit je pak cik?  Duit tabung cucu mana pulak pak cik pecahkan ni?" dengan nada yang sinis.

"Tak lah, pak cik disiplinkan diri pak cik untuk menabung sehari seringgit setiap hari, setahun dah jadi RM365.00  jadi dengan wang itulah pak cik nak membayar bahagian lembu korban untuk bahagian pak cik. Pak cik bukannya ada gaji bulan nak membayar sekali gus. Di kumpul-kumpul barulah dapat sikit. Pak cik cadang nak buat selama 8 tahun, supaya dapat nilai seekor lembu.", balas pak cik dengan senyuman.

Demikianlah sebuah kisah dari negeri Ntah Berentah. Tunggu ceritera selanjutnya dari negeri Di Atas Angin.

Kisah Tauladan : "Sikit-Sikit. Lama-Lama Jadi Bukit"