FOLLOWERS

Sunday, November 21, 2010

Pola Tarikh Lahir Erra Fazira

Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai tarikh lahir pelakon dan penyanyi terkenal tanahair, iaitu Erra Fazira. Nak berkongsi tarikh lahir saya tentu anda semua tak nak kan? Jadi saya pilih Erra Fazira.

Sekarang, mari kita tanya ibu Erra Fazira bilakah beliau dilahirkan.
Ibu Erra Fazira : Erra dilahirkan pada 9 Februari 1974

Kombinasi nombor tarikh lahir yang terdapat dalam pola segitiga tersebut antaranya ialah nombor 123 yang menunjukkan beliau memiliki kekuatan suara dan 426 pula menunjukkan rezeki beliau datang daripada suara.

Kombinasi nombor diatas banyak dimiliki oleh ramai artis dan juga penceramah/motivator. Sementara itu, kombinasi 459 yang dimiliki oleh Erra Fazira membantu beliau dalam kehidupan kerana individu ini memiliki deria ke-6 yang sangat kuat. Pola 669 pula menunjukkan bahawa Erra Fazira sangat sesuai menjalankan perniagaan dan mudah sukses dalam perniagaan yang diceburinya.

Secara ringkas, dengan mengetahui pola kombinasi dari tarikh lahir seseorang individu itu lebih mudah untuk merancang kehidupan. Dengan adanya ilmu ini seseorang itu tidak perlu menghabiskan banyak masa dengan membuat pekerjaan yang tidak bersesuaian dengannya. Menurut kajian sikap yang dijalankan pola tarikh lahir mempengaruhi 80%-90% kehidupan individu. Sungguhpun begitu, kajian numerologi ini hanyalah sebagai panduan sahaja.

No comments:

Post a Comment