FOLLOWERS

Monday, February 7, 2011

Barangsiapa Bersungguh-Sungguh Pasti Berjaya

Tajuk artikel ini diambil daripada pepatah Arab yang berbunyi "manjadda wajada" yang bermaksud "Siapa yang berusaha (bersungguh-sungguh), dia pasti berjaya."

Bersungguh-sungguh, sejauh mana anda semua mengaplikasikannya. Kerja bersungguh-sungguh, lakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh. Tambahan pula jika melakukan sesuatu yang tidak diminati, sukar bukan?

Thomas Edison berjaya mencipta mentol yang pertama selepas 999 kali ujian dilakukan.

Colonel Harland Sanders (francais KFC) mendapat pelanggan yang pertama selepas 1000 pertemuan.


Walaupun telah melalui pelbagai kegagalan, mereka tetap bersungguh-sungguh untuk menjayakan matlamat mereka yang telah mereka tetapkan terlebih dahulu.

JANGAN biarkan sebarang alasan menidakkan kesungguhan anda. Lakukan dengan bersungguh-sungguh, insyaAllah kejayaan menjelma kelak.
Ungkapan Motivasi Hendak Seribu Daya, Tidak Mahu Seribu Dalih.

No comments:

Post a Comment