FOLLOWERS

Friday, January 14, 2011

Kelebihan Sedekah

Sedekah ini fadilat utamanya ada tiga iaitu rezeki murah, dapat menolak bala dan panjang umur. Sebabnya, apabila kita bersedekah, penerimanya akan mengucapkan alhamdulillah sebagai tanda penghargaan kepada Allah dan juga kepada manusia yang memberikan sumbangan. Ini juga dijelaskan dalam hadis yang bermaksud,
“ Sesiapa yang tidak mengasihani tidak akan dikasihani.”

Apabila kita bersedekah hendaklah kita mendahulukan orang yang dekat dengan kita termasuk adik beradik dan juga jiran tetangga sebelum menghulur bantuan kepada orang lain.

Ini dijelaskan dalam hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad. Antara lain ia menyusun keutamaan bersedekah kepada diri sendiri, isteri, anak, orang gaji dan jika masih ada sedekahlah kepada sesiapa yang memerlukan.

Jika masih ada golongan fakir dan miskin di negara kita, lebih baik kita bersedekah kepada mereka sebelum bersedekah kepada penduduk luar negara.

Berikut adalah hadis yang diriwayatkan daripada Jabir bin Abdullah, katanya, Rasulullah SAW bersabda bermaksud :
"Apabila seseorang daripada kamu berkeadaan miskin (dan dia hendak bersedekah), maka hendaklah dia lebih dulu mengutamakan keperluan dirinya sendiri. Kalau ada yang berlebih, hendaklah disedekahkan kepada anak isteri dan orang yang ditanggung nafkahnya. Kalau ada juga yang berlebih, hendaklah disedekahkan kepada kerabatnya (atau kepada orang yang ada pertalian kerabat dengannya). Kalau ada juga yang berlebih, maka hendaklah disedekahkan kepada orang lain yang memerlukan bantuan, yang ada di sana sini."

(Hadith Sahih Riwayat Imam Ahmad)

No comments:

Post a Comment